. Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam
pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Di peringkat awal,
penanaman tanaman makanan seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan serta
kegiatan menangkap ikan dan menternak telah menyediakan sumber makanan,
mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan pada penduduk-penduduk tempatan.
Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional.
Tanaman industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih
getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah
pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar
utama getah asli di dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an.
Tanaman kelapa sawit mula diperkenalkan dan dimajukan pada awal 1960an
diikuti dengan koko pada tahun 1970an. Seterusnya penubuhan Institut
Penyelidikan Kelapa Sawit (PORIM) pada tahun 1979 telah menjadikan kelapa
sawit sebagai satu tanaman strategik kepada ekonomi Malaysia. Sumbangan
terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8
bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu
peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah
meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar
pada tahun 1995. Penubuhan Lembaga Koko Malaysia
pada tahun 1988 untuk menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran
pemerosesan, penyimpanan dan penggunaan mengukuhkan lagi kedudukan tanaman
koko sebagai tanaman selingan dalam sektor pertanian Malaysia.
2. Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan
dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi
pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman
industri di samping mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank
Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara
(LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan
Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
(1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang
lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat
sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor
pertanian.
3. Semenjak pertengahan tahun 1980an, Malaysia
telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang amat pesat sekali di mana ia telah
mencapai pertumbuhan KDNK melebehi 8 peratus setahun selama sembilan tahun
berturut-turut. Pertumbuhan yang pesat ini yang telah diterajui oleh sektor
pembuatan dan perkhidmatan sementara sektor pertanian telah mengalami kadar
pertumbuhan yang kecil dan sederhana 2-3 peratus setahun. Pada tahun 1987
sektor pembuatan telah mengatasi sektor pertanian dari segi sumbangan kepada
keluaran dalam negara kasar (KDNK), peluang pekerjaan dan pendapatan eksport
akibat daripada dasar menggalakkan perindustrian.
4. Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992,
sektor pertanian telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak
3.2%. Jumlah nilai-ditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada
tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian
pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion
pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%.
Sungguhpun demikian, perkembangan pesat dalam ekonomi sejak tahun 1991 dan
kegawatan ekonomi yang dihadapi sekarang telah menimbulkan cabaran baru dalam
pengurusan sektor pertanian. Cabaran tersebut melibatkan masalah dan kekangan
yang lazimnya berhubungkait dengan ekonomi yang berkembang pesat secara
berterusan, terutamanya ekonomi yang mencapai tahap gunatenaga penuh serta
menghadapi masalah defisit imbangan perdagangan. Di antara cabaran-cabaran
baru yang dihadapi oleh sektor pertanian adalah seperti berikut:-
- Keperluan untuk
menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta
bermutu tinggi pada harga yang berpatutan.
ii. Keperluan untuk mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan
pertanian.
iii. Keperluan untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad yang
sedia ada seperti tanah dan air.
iv. Keperluan untuk memperkukuhkan daya saingan sektor pertanian negara.
v. Keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran
makanan.
vi. Keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil .
vii. Keperluan untuk menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar
negara.
viii. Keperluan bagi memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang
mampan.
|
5. Untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dasar pertanian
negara yang baru (DPN3) telah digubal bagi menjamin pembangunan pertanian dan
perhutanan yang dapat disesuaikan dengan perkembangan-perkembangan terbaru yang
berlaku di dalam dan di luar negara. Strategi pembangunan sektor pertanian dan
perhutanan disepadukan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber, terutamanya
tanah dan buruh: menggalakkan petani-petani mengamalkan teknik-teknik pertanian
moden melalui sistem bersepadu yang menggabungkan tanaman, perikanan dan
ternakan serta dilengkapi dengan aktiviti agropelancongan.
6. Di samping itu, dasar-dasar bagi pengurusan ekonomi makro
sektor-sektor lain perlu diambilkira bagi mempastikan dasar pertanian adalah
konsisten, melengkapi, relevan dan selari dengan dasar-dasar pembangunan yang
dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian. Dasar-dasar tersebut ialah dasar
perindustrian, sains dan teknologi, kepelbagaian biologi dan alam sekitar. DPN3
melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian
yang telah dikenalpasti dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005) melalui
pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang akan merangkumi
pembangunan dan peluasan industri sokongan dan perantaraan. Pembangunan
industri baru seperti bioteknologi, produk kimia semulajadi yang dihasilkan
daripada sumber biologi dan produk biomass kelapa sawit adalah selaras dengan
dasar pembangunan sains dan teknologi. Strategi untuk pemuliharaan sumber
biologi dan semulajadi seperti hutan, marin dan air pula akan memenuhi kehendak
dasar kepelbagaian biologi dan alam sekitar. Rantaian pertanian dengan sektor
industri dan penekanan kepada pemuliharaan sumber semulajadi akan mengukuhkan
lagi sektor pertanian dan menjamin pembangunan mampan. Oleh itu, DPN3 telah
digubal dengan tujuan menjadikannya satu dasar yang komprehensif, melengkapi
dasar-dasar yang lain (
complementary), pragmatik serta fleksibel.
Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010
7. Objektif utama DPN3
adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima
dalam sektor ini
. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor
pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta
pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah
untuk:
i Meningkatkan sekuriti makanan (
food security)
ii Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
iii Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain
iv Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian
v Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan
8. Semua ini memerlukan pendekatan dan teras strategik yang baru
untuk mempertingkatkan sumbangan sektor pertanian dan perhutanan kepada
petumbuhan ekonomi. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan strategik
yang baru iaitu
pendekatan perhutani (
agroforestry approach) dan
pendekatan
berasaskan produk (
product-based approach).
9. Pendekatan perhutani
bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber
termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah pendekatan ini, kegiatan
pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling
melengkapi, justeru, membuka peluang untuk dibangunkan bersama.
Integrasi pertanian dan perhutanan juga adalah bertujuan membentuk asas
pengeluaran yang lebih luas bagi kedua-dua sektor tersebut. Pendekatan ini akan
memberi manfaat-manfaat berikut:
|
mewujudkan ruang yang lebih luas kepada pelbagai gabungan
perusahaan perhutanan dan pertanian, mengoptimakan penggunaan sumber terutama
tanah dan meningkatkan potensi penjanaan pendapatan dari pelaburan-pelaburan
perhutani;
|
|
membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan
daripada tanah yang sama dan dengan ini mengurangkan tekanan permintaan untuk
tanah pertanian yang baru;
|
|
menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman
spesis pokok hutan dengan tanaman industri untuk mengoptimakan penggunaan
tanah dan memaksimakan pulangan; dan
|
|
memberikan peluang hasil pulangan yang awal dan berterusan
daripada komponen pertanian di dalam perusahaan campuran tersebut. Ini akan
menggalakkan penyertaan sektor swasta di dalam kegiatan tanaman hutan
komersil dan dengan demikian meningkatkan bekalan balak untuk industri
berasaskan kayu.
|
10. Pendekatan strategik
baru yang kedua ialah pendekatan berasaskan produk. Melalui pendekatan ini,
produk-produk dan pasaran-pasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan,
potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Pendekatan berasaskan komoditi
yang diamalkan sekarang telah menghadkan keupayaan dan keberkesanan sektor
pertanian untuk menembusi pasaran yang bersegmen dan bernilai tinggi. Dengan
menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia akan memberi penekanan kepada
keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia. Permintaan
dan keperluan pasaran ini digunakan untuk menggubal strategi-strategi
pengeluaran pertanian huluan. Ini akan mewujudkan peluang untuk menambah
pengeluaran dan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian.
Pendekatan ini akan dapat :-
|
melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri
berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti di dalam Pelan Induk
Perindustrian 2 (1996-2005) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara
sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan peluasan industri
sokongan dan perantaraan.
|
|
meningkatkan pengeluaran pertanian yang lebih khusus
melalui penyampaian petunjuk-petunjuk pasaran serta pola citarasa pengguna
kepada pengeluar di peringkat ladang. Ini akan menggalakkan pengeluaran
produk-produk pertanian yang bermutu dan bernilai tinggi, membantu
penghasilan perbezaan produk dan meningkatkan nilai ditambah produk-produk
pertanian bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen pasaran tempatan dan
antarabangsa.
|
|
mengenalpasti dan memperluaskan peluang-peluang pasaran.
Penggunaan petunjuk-petunjuk pasaran yang disalurkan kepada pengeluar akan
memudahkan mereka membuat keputusan mengeluarkan bahan-bahan mentah yang
diperlukan untuk menyokong aktiviti pengeluaran berasaskan pertanian dan
aktiviti ekonomi yang lain. Ini akan meluaskan lagi skop pembangunan
pertanian dan perhutanan serta mewujudkan peluang-peluang perniagaan dalam
bidang-bidang perniagaan yang lebih luas melalui satu sistem rangkaian aktiviti
pertanian dengan aktiviti sektor lain. Rangkaian ini termasuk penyelidikan
dan pembangunan (P&P) serta penjanaan teknologi, pengeluaran dan
pemprosesan primer, pengeluaran produk-produk pertengahan dan guna akhir,
pengedaran dan perkhidmatan pemasaran serta produk akhir kepada pengguna.
|
11
. Berasaskan pendekatan dan teras strategi yang baru
ini, sektor pertanian dijangka mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 2.4% setahun
di sepanjang tempoh DPN3. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dijangka turun
daripada 13.5% dalam tahun 1995 kepada 7.1% dalam tahun 2010. Penurunan ini
adalah selaras dengan perubahan keseluruhan struktur ekonomi yang dialami oleh
kebanyakan negara maju di mana sektor pertanian adalah didorong oleh
peningkatan produktiviti melalui penggunaan teknologi secara intensif, petani
yang berpengetahuan di dalam amalan-amalan pertanian serta pembangunan
industri-industri baru yang berasaskan pertanian. Kekurangan tenaga buruh yang
berterusan dan persaingan faktor-faktor pengeluaran yang lain dijangka
mengurangkan lagi sumbangan getah dan koko kepada KDNK pertanian, masing-masing
daripada 10.6% dan 4.4% dalam tahun 1995 kepada 5.1% dan 2.9% dalam tahun 2010.
Sumbangan kayu gergaji juga dijangka turun daripada 13.9% kepada hanya 5.3%
dalam tempoh yang sama, seiring dengan dasar pengurusan hutan yang mampan.
12. Sektor pertanian dijangka memperolehi sumber pertumbuhan
yang baru daripada hasil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pertumbuhan
kumpulan industri baru seperti perhutani, produk asli istimewa, buluh dan
rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan. Sektor kecil makanan
juga dijangka mengalami pertumbuhan ketara berikutan langkah-langkah intensif
yang telah diambil untuk mengatasi kekangan-kekangan yang dihadapi berkaitan dengan
pengeluaran, serta daya usaha lain untuk memperkukuhkan asas ekonomi sektor
kecil ini. Sumbangan sektor kecil makanan kepada KDNK pertanian dijangka
meningkat daripada RM4.3 bilion dalam tahun 1995 kepada RM7.4 bilion dalam
tahun 2010. Permintaan kukuh yang kian meningkat terhadap minyak sawit di
pasaran antarabangsa akan mempergiatkan lagi pertumbuhan industri ini. Nilai
ditambah sektor kecil ini dijangka meningkat daripada RM6.8 bilion kepada
RM10.3 bilion bagi tempoh tersebut, sementara sumbangannya kepada KDNK
pertanian dijangka meningkat daripada 42.1% kepada 44.6%.
13. Sektor pertanian khususnya sektor-sektor kecil tanaman
industri dan perhutanan akan terus memainkan peranan penting sebagai pembekal
utama bahan mentah kepada industri berasaskan sumber. Sumbangan sektor
pertanian kepada KDNK dijangka akan menjadi lebih penting apabila lebih banyak
bahan mentah pertanian diproses dan dijadikan produk akhir untuk dieksport.
Bagi menampung pengeluaran dalam negara dan memenuhi permintaan yang kian bertambah
daripada industri hiliran, perolehan strategik bahan mentah melalui pelaburan
di luar negara akan diusahakan.
14. Jumlah tenaga kerja dalam sektor pertanian akan berkurangan
sebanyak 2.8% setahun daripada 1,429,000 pekerja dalam tahun 1995 kepada
930,000 pekerja dalam tahun 2010. Ia akan dilaksanakan melalui usaha-usaha
mempertingkatkan penggunaan sistem pengeluaran intensif berautomasi dan
mekanisasi serta mengurangkan perusahaan-perusahaan pertanian yang berintensif
buruh. Peningkatan kawasan penggunaan tanah pertanian dijangka akan menjadi
terhad dalam tempoh ini disebabkan kekurangan tanah, tenaga buruh serta
peningkatan kos pengeluaran. Oleh itu, pengeluaran dijangka bertambah melalui
peningkatan produktiviti. Produktiviti pekerja dijangka meningkat daripada
RM11,360 kepada RM24,730 setiap pekerja dalam tempoh yang sama. Ini
mencerminkan penekanan yang diberi kepada teknologi jimat buruh, inovasi dan
pengurusan ladang yang lebih cekap.
15. Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan
terus meningkat melalui penggunaan tanah yang lebih intensif walaupun peluasan
guna tanah adalah sederhana. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko masing-masing
dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400
hektar dan 30,700 hektar. Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan
perhutani, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pembukaan tanah baru
pula akan hanya dilaksanakan di Sabah dan
Sarawak
di mana masih terdapat kawasan tanah yang luas. Dengan itu, peningkatan
keluasan guna tanah dijangka meningkat hanya pada tahap 0.5% setahun iaitu
daripada 5.7 juta hektar kepada 6.2 juta hektar.