Definisi Etika
sebagai ilmu akhlak atau prinsip-prinsip /
dasar-dasar akhlak.
Akhlak pula boleh didefinisikan sebagai perilaku
yang baik atau yang tidak baik atau membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Dalam budaya Malaysia gabungan yang berkaitan
dengan nilai, norma, dan etika menjadi ADAB – budi bahasa.
Adab adalah cermin peribadi dan pendidikan
seseorang individu itu.
Kata Aristotle:
Kita dikenali daripada apa yang kita lakukan berulangkali.
Kabaikan bukan perbuatan tetapi tabiat. Tabiat yang baik kekal sepanjang hayat.
Maksud Etika Dalam Perkhidmatan Awam
Ialah bagaimana penjawat awam menanam tabiat dan amalan baik
di dalam semua aspek kehidaupan organisasi secara fizikal, kognitif dan
kerohanian.
ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
- Berazam
Meninggikan Mutu Perkhidmatan
Penjawat awam adalah bertanggungjawab
membaiki mutu perkhidmatannya dan meningkatkan kemahiran menerusi latihan,
pembacaan dan perbincangan. Kesediaan memperbaiki kelemahan diri adalah sikap
terpuji.
2. Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab
Pekerja atau
penjawat hendaklah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.
Bertanggungjawab bermaksud melaksanakan kerja dengan sehabis baik seperti
dikehendaki oleh organisasi.
3. Mengikis Sikap Mementingkan Diri
Penjawat awam tidak
boleh menggunakan kedudukan jawatannya untuk kepentinga diri dan keluarganya.
Sifat sombong hendaklah dihindari dan hendaklah diganti dengan perasaan insaf
dan bersopan.
4. Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah dan Kemesraan
5. Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat
Penjawat awam perlu
memberi kefahaman dan penerangan tentang dasar-dasar kerajaan dan program yang
dilaksanakan dan hasrat kerajaan agar semuanya dapat berjalan lancar dan
mencapai matlamat kerajaan.
6. Bekerjasama Membanteras Kelemahan dan Musuh-musuh
Negara
Penjawat awam
bertanggungjawab untuk mengatasi kelemahan yang boleh menjadi penghalang kepada
pembangunan dan kemajuan negara seperti kemiskinan, buta huruf dan rasuah serta
dadah, penyelewengan dan lain-lain.
- Berpegang
Teguh Kepada Ajaran Agama
Aspek ini amat
penting kepada penjawat awam semasa menjalankan tugas. Ini disebabkan setiap
agama membawa nilai-nilai murni dan baik dalam membentuk pekerja yang jujur,
cekap dan berkesan.
Mengapa Etika Perkhidmatan Awam Diwujudkan
- Mewujudkan penjawat awam yang cekap dan berkesan. Permintaan rakyat dan harapan mereka tinggi dan mahukan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang.
- Terdapat tuduhan penjawat awam melakukan penyelewengan.
- Azam kerajaan sentiasa meningkatkan mutu dan prestasi perkhidmatan awam.
4. Adanya faktor-faktor luar
seperti kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan dan gejala-gajala kurang sihat
seperti rasuah.
Amalan Baik Dalam Perkhidmatan Awam
- Majlis anugerah, penghargaan, dan pengiktirafan.
- Tubuhkan kelab sukan.
- Sesi perbincangan dan ceramah.
- Hari Keluarga.
Nilai Murni
- Adil dalam perlantikan
- Amanah
- Bertanggungjawab
- Ikhlas
- Dedikasi
- Tekun
- Berdisiplin
- Bekerjasama
- Berbudi mulia
- Bersyukur
No comments:
Post a Comment