Total Pageviews

Sunday, February 12, 2012

PROFESION PERGURUAN DAN CABARAN-CABARAN

1. Konsep kerjaya profesional

Jacques (2003), sesuatu kerjaya dikatakan bertaraf profesional jika penjawatnya mempunyai autonomi profesional; bertanggung jawab; berorganisasi; adil; berpendidikan; berkemahiran; berperaturan diri; bebas; terbuka; nutral; akauntabel dan terpelajar.

Lieberman pula, sesuatu profesion bertaraf profesional ialah, memberi perkhidmatan penting dan mempunyai matlamat yang jelas; menggunakan keupayaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya; mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa tertentu; mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan keuntungan wang atau saraan semata-mata; pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan tanggung jawabnya; mempunyai organisasi yang berkuasa menentukan kriteria untuk kemasukan dan mengawal mutu perkhidmatan ahli-ahlinya; dan mempunyai etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli dalam profesion itu (Amir Hassan Dawi, 2002 dan Sufean Husin, 1996).

Menurut Kizlik (2000), sesuatu kerjaya yang bertaraf profesional perlu boleh memberi perkhidmatan kepada masyarakat; boleh membuat keputusan ke atas pelanggan; mempunyai bidang pengkhususan yang tertentu; mempunyai ketinggian pengetahuan; kemahiran dan tingkahlaku yang tidak dipunyai oleh non-profesional; mempunyai organisasi profesionalnya sendiri; mempunyai standard kriteria untuk dipenuhi oleh ahli baru; mempunyai program bagi penyediaan ahli baru; dipercayai dengan yakin oleh pihak awam; dan mempunyai autoriti dalam amalannya.

Musgrave (1972), pula menganggap bahawa sesuatu kerjaya adalah bertaraf profesional jika pengamal kerjaya tersebut menggunakan ilmunya hanya untuk faedah pelanggan.

Flexner (1915), kerjaya profesional adalah dirujuk kepada enam ciri. Pertama adalah berkait dengan penglibatan operasi intelektual di dalam tugasnya. Kedua adalah berkait dengan keilmuan yang dipunyai dan dipraktikkan. Ketiga adalah kejelasan matlamat yang praktikal. Keempat merujuk kepada kemahiran yang berasas kepada ilmu. Kelima adalah berorientasikan kepada keperluan masyarakat. Keenam ialah tidak untuk kepentingan diri sendiri dengan mengenepikan kepentingan sosial.


2. Profesionalisme

Socket dalam Hawke & Hawke (2002), profesionalisme adalah amalan berkualiti dan pekerjaan yang berstatus dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam arus pembangunan masa kini yang mendesak kepada peningkatan kualiti dalam semua bidang perkhidmatan sosial (Wan Mohd. Zahid, 1993).

Hammond, Wise & Klein (1999), profesion yang memberi khidmat kepada orang awam perlu kepada kawalan kualiti. Ini kerana orang awam yang mendapat perkhidmatan jarang mengetahui perkara-perkara yang menjadi amalan dalam sesuatu profesion tersebut. Perkhidmatan yang tidak sesuai yang diberikan akan membawa akibat buruk kepada pelanggan.


3. Mekanisme Pengekalan Kualiti Profesionalisme

Antara yang biasa digunakan ialah sistem akreditasi, perlesenan dan pensijilan lanjutan (Hammond, Wise & Klein, 1999). Contohnya Di Amerika Syarikat, National Board of Medical Examiners Examination adalah peperiksaan bagi bidang perubatan manakala Architecture Registration Exam ialah bagi bidang seni bina untuk jaminan kualiti profesion masing-masing.

Mempunyai badan profesionalnya masing-masing, badan ini biasanya telah menetapkan standard kompetensinya sendiri bagi menjaga standard profesion mereka selaras dengan tahap profesionalismenya (Amir Hassan Dawi, 2002; Kizlik, 2000; Sufean Hussin; 1996).



4. Perguruan sebagai kerjaya bertaraf profesional

Perguruan adalah kerjaya yang bertaraf profesional (Jacques, 2003; Sachs, 2003; Menteri Pendidikan, 2000; BPPPDP, 1996; Ibrahim Bajunid, 2000; Kamarudin Kachar, 2000; Amir Hassan Dawi, 2002; Elliot, 2002; Abdul Rahman dan Zakaria, 2001; Squires, 1999; Hammond, Wise & Klein 1999; Soetjipto & Raflis Kosasi, 1999; Wan Mohd Zahid, 1997; Sufean Hussin, 1996; Ornstein & Levine 1984).

5. Hujah bahawa guru adalah profesional

Kementerian Pendidikan Malaysia melihat profesion perguruan sebagai ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati ruang tempat, masa dan ketika (Menteri Pendidikan, 2000).

Sufean Hussin (1996) berpendapat, terdapat banyak kriteria yang menunjukkan bahawa perguruan adalah bertaraf profesional dan kesemua kriteria tersebut adalah selaras dengan apa yang digariskan oleh Lieberman.

Guru-guru terlatih dalam tempoh latihan yang mencukupi, mampu menjalankan tanggung jawabnya sebagai pendidik profesional yang cekap; dengan menggunakan sumber-sumber yang ada sebaik mungkin (Kamarudin Kachar, 2000; Sufean Hussin, 1996).

Latihan perguruan adalah setara dan bermutu sebagai yang ditentukan oleh badan penilai yang mempunyai autoriti serta mempunyai pengalaman dalam profesion perguruan. Sebagai contoh Di England dan Wales, Teacher Training Agency (TTA) adalah badan yang bertanggung jawab menjaga ketinggian martabat profesion perguruan (Elliot, 2002).

Perkhidmatan perguruan adalah diasaskan oleh satu kod etika yang menggariskan tatasusila dan tingkah laku guru dalam perkhidmatan yang bermatlamatkan aspirasi dan kehendak negara. Di Malaysia perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang dijadikan asas kepada penetapan Kriteria Guru Yang Unggul (Malaysia Ministry of Education, 1982).

Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

(Malaysia Ministry of Education, 1982)

THE IDEAL MALAYSIAN TEACHER

Taking into consideration our social and cultural milieu in which national unity and social cohesiveness is of prime importance, we believe that the ideal Malaysian teacher is one who

 is noble in character
 has deep moral and religious conviction
 is human, yet progressive and scientific in outlook
 upholds the aspirations of the nation
 cherishes the national cultural heritage
 has a positive attitude towards learning, the school and
 society; and, being endowed with these attributes
 promotes the all-round development of the child
 is loyal to his profession; and
 ensures the preservation of a united, democtaric and progressive and diciplined society.



















Mempunyai badan persatuan yang mengawal tindak-tanduk ahli-ahli. Kesatuan Guru-guru Melayu Bersatu (KGGMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) adalah antara badan yang terlibat dalam hal yang berkaitan di negara ini. Terdapat empat puluh lapan buah persatuan guru di negara ini yang boleh disertai oleh guru-guru (Menteri Pendidikan , 2000). Selain daripada itu Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP) adalah suruhanjaya bebas yang bertindak sebagai badan mengawal kemasukan dalam profesion perguruan.


5. Ciri-ciri Perguruan Sebagai Kerjaya Profesional

Terdapat empat ciri umum sehingga perguruan dianggap sebagai kerjaya profesional iaitu pengetahuan guru tentang perguruan yang melebihi pengetahuan orang kebiasaan yang bukan guru; profesion yang mempunyai piawaian kemasukan tertentu atau perlesenan; autonomi dalam membuat keputusan; dan martabat atau status ekonomi yang kukuh (Ornstein, 1995; Ornstein & Levine,1984). Ciri-ciri tersebut adalah kesemuanya dipunyai oleh guru.


Robert & Joanne (2001), yang menjadikan guru sebagai profesion ialah “the range of demands placed on educators, the numbers of people involved in the enterprise, and the public’s common knowledge of life in classroom combine to make teaching what might be called people profession”



6 Perkembangan kriteria profesional keguruan

Beberapa dekad yang lalu, profesion perguruan di negara ini adalah profesion yang disanjung dan dipandang tinggi dalam masyarakat (Ibrahim Bajunid, 2000; Hasnah & Shamsudin, 2000; Abd. Rahim Abd. Rashid, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin, 1996). Ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk dididik oleh guru dengan penuh harapan dan keyakinan yang tinggi dengan kata-kata antara lain seperti berikut.


‘Please educate my child and make him/her a person. Treat my child like your own. Do what you will with my child, punish when necessary in any way that does not involve blinding the child or breaking his bones’

(Ibrahim Bajunid, 2000)

Guru adalah dianggap sebagai gedung ilmu yang serba mengetahui dengan keupayaan tersendiri serta kualiti peribadi yang diterima oleh masyarakat. Di dalam bilik darjah, peranan guru adalah seperti ‘sage on stage’ (Ibrahim Bajunid, 2000). Pengikhtirafan tentang kriteria guru adalah bersifat tempatan oleh masyarakat setempat. Maksudnya tiadalah tersurat dengan rasmi akan kriteria bagi seseorang guru di peringkat kebangsaan.

Semenjak tahun 1980, hala tuju profesion perguruan adalah berasaskan syor dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun 1979 (Ratnavadivel, 2000).

Mulai 1982 pula, kriteria guru di negara ini adalah dengan rasminya ditetap berasaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Di peringkat pra perkhidmatan lagi, bakal-bakal guru dididik ke arah menepati hasrat FPG (Malaysia Ministry of Education, 1982).
Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

(Malaysia Ministry of Education, 1982)



Othman Lebar (2002), profesion perguruan sedang bergerak kearah pragmatisme dan konstruktivisme. Oleh yang demikian kriteria tradisional guru iaitu ‘sage on stage’ jelas sudah tidak sesuai lagi, sebaliknya guru adalah ‘the guide by the side’ (Othman Lebar, 2002; Ibrahim Bajunid, 2000). Atau kriteria tradisional ‘teacher as a rational autonomous agent’ yang ala Platonik diganti dengan kriteria baru yang lebih memberi penekanan kepada ‘standards driven professional development’ (Elliot, 2002).

Bagi tujuan ini banyak saranan telah diajukan oleh para sarjana. Umpamanya, semasa dalam perkhidmatan, seseorang guru akan melalui proses on the job training (Eraut, 1994). Konsep ini adalah selaras dengan konsep pendidikan sepanjang hayat.

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, soal profesionalisme guru dalam profesion perguruan adalah sangat dititikberatkan. Di Minnesota, Amerika Syarikat, sebuah badan profesional bagi profesion perguruan iaitu Minnesota Board of Teacher (MBOT) adalah bertanggung jawab memastikan pengeluaran lesen guru. Di Scotland, United Kingdom pula, Quality Assurance Agency for Higher Education (QAAHE) ialah sebuah badan professional yang bertanggung jawab sama seperti MBOT.


7. Cabaran guru sekolah dalam abad ke-21

Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Ini memandangkan guru adalah agen perubahan.


Cabaran dalam bilik darjah

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang.

Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari.

Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Menurut Wise (1999) ‘Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment’.


Cabaran di sekolah

Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi kedua’ atau ‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).

Walau bagaimanapun permasalahan ini masih terus meningkat kerana kadar pertambahan bilangan pelajar yang terus meningkat. Untuk tempoh dari tahun 1990 hingga 2000, didapati tingkatan 1 mengalami pertambahan 34.0%, tingkatan 2 mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3 mengalami pertambahan 44.2%, tingkatan 4 mengalami pertambahan 90.1% dan tingkatan 5 mengalami pertambahan 96.0% (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Berdasarkan analisis ini, pertambahan bilangan pelajar akan terus meningkat pada kadar 8.9% sehingga tahun 2010. Ini menjadi cabaran kepada sekolah dan guru-guru, kerana masalah kemudahan prasarana adalah tidak mencukupi.

Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik darjah bagi sekolah menengah yang menampung 57, 581 kelas, yang bermakna setiap bilik darjah adalah untuk 1.4 buah kelas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Dengan kata lain masih wujud ‘kelas terapung’. Ini jelas tidak mencukupi dan boleh mendatangkan masalah lain seperti masalah displin, masalah sosial dan lain-lain selain daripada masalah pembelajaran.

Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan.

Selain daripada itu kemudahan-kemudahan yang masih belum lengkap sepenuhnya. Sebagai contoh, daripada 1645 buah sekolah menengah yang ada pada tahun 2000, hanya 1340 sekolah yang ada makmal komputer; hanya 1406 sekolah yang ada bilik ekonomi rumah tangga; hanya 1452 sekolah yang ada bilik kaunseling; hanya 1463 sekolah yang ada pusat sumber dan hanya 1258 sekolah yang ada dewan perhimpunan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Statistik ini menunjukkan perlunya kreativiti dan ketrampilan guru di dalam menyerap segala kekurangan sebagai tersebut.

Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir dengan sistem teknologi yang ada (Shahril @ Charil & Habib, 1999).


Cabaran dalam sistem pendidikan

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan. Contoh pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV).


Cabaran dalam masyarakat

Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002).

Guru adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980).

Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.

Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994).


Cabaran berasaskan Wawasan 2020

Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut :
‘Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan.’


(Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan)


Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan, tanggung jawabnya adalah bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur program-program perkembangan negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993).

Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu guru perlu berketerampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni.


Cabaran globalisasi

Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru.

Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.








Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); dan Ghazali Basri, (1984) melihat guru adalah sebagai penyampai ilmu (mua’lim), pendidik (murabbi), pembentuk adab (mu’addib), pembentuk ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberi kemahiran (mudarris). Oleh yang demikian kriteria guru adalah dilihat dari segi pengetahuannya, kemahirannnya serta nilai dan keperibadiannya.

Tuesday, February 7, 2012

Combined Class

Organizing For Learning
Grades are an administrative device to group children according to their chronological age. In the past, this type of organization was based on the belief that patterns of development were tightly bound to a child's chronological age. We know that each child's pattern of development is unique. All nine-year-olds do not function at the same level and are not ready for the same skills or concepts to be presented to them.
There is little difference between a so-called 'straight grade' and a 'combined class'. All the students in a straight grade do not receive the same program; nor do the students in a combined class. Teachers develop programs according to the needs of the children in the class. Remove the grade label and all classes have the traits, traditions and organization of combined classes.
What is a Combined Class?
A 'combined class' is composed of a group of students from two separate grades who work within one classroom setting. Students are combined into groups according to their individual needs rather than grade levels, when working on specific skills. The curriculum is arranged so that students may study the same or similar materials.
What is the difference between a 'combined class' and a 'split class'?
In a 'split class' part of the class will often do seat work while the other part of the class is receiving direct instruction. In a 'combined class' instructional groups may include a combination of the two classes and will be made up on the basis of individual student needs. Combined classes have operated throughout school systems for many years.
Why do combined classes exist?
Combined classes are a result of imbalances in student numbers at particular grade levels. Staff is based on funding guidelines established by Alberta Education, and student teacher ratios established by our School District.
How are students selected for a 'combined class' placement?
Many factors are taken into consideration when selecting students for a combined class. The decision is often made by a team of teachers and the administration. Selection is bases on such factors as: social skill development, independence in work habits, friendships, leadership skills, self-motivation, learning styles of the learner, teaching style of the teacher, organizational ability, and academic achievement.
Are there any benefits to a 'combined class' placement?
There are many socio-emotional benefits to be gained by having students of various ages together. Peer interactions are often seen to be more positive in 'combined class' setting. There is greater development of social skills and more cooperation. Students develop a feeling of comfort and security, a positive self-concept and satisfaction with their achievements.
Are they any disadvantages to a 'combined class'?
No. In all classrooms teachers provide for the individual needs of students. Teachers constantly use a variety of methods to access the needs of each student and then the focus for skill development is adjusted accordingly.
Will the teacher have as much time for each child in 'combined classes'?
The amount of time for an individual student is determined by the number of students in the class, not by the grade structure. Generally, combined classes are the same size as other classes or smaller.
Will a student miss or repeat curriculum material?
Today the emphasis is on skills, concepts, processes and attitudes rather than memorizing facts. Because of the rapid changes in science and technology in our society, it is more important to learn how to learn, to evaluate and judge, to transfer and apply knowledge, to understand processes and to know how to access information. The curriculum is the means through which these skills are learned. Students at many levels study similar subjects. The topic may be the same, but the depth, focus and evaluation of knowledge are different.

Our experience has been that parents who were anxious about a combined class placement not only have been satisfied with their child's progress, but have become positive supporters of this type of classroom organization.
Teaching in a Combined Class
Combined classes are used when the number of the pupils in two grades is less than 16. One of the characteristics of a combined class is that pupils in different levels learn in the same classroom simultaneously under the direct or indirect guidance by the teacher. As the children have to study autonomously when the other grade is being taught, it is necessary for them to learn how to learn. I think that teachers should teach how to learn on as many different occasions as possible from the early stages of school so that pupils will be disciplined in it.
Another teaching technique in a combined class is where the teacher moves between the two groups enabling the teacher to give constructive suggestions to pupils in both groups.
In a combined class, the teacher will often train one pupil as group leader to help with classroom activities such as reading aloud, individual study, group discussion, and using the blackboard, video or computers.
When the teacher switches to indirect teaching, clear instructions need to be given for the following activity, including the content, materials and a flowchart either on the blackboard or on a handout, so that the pupils will be able to work unguided until the teacher returns.


Application to the ordinary class teaching
Teaching methods for combined classes can also be used in single grade classes.
For the last century the Japanese education system has used the doctrine that every child will understand if teachers teach in such a way. However in an ordinary class not everyone will learn at the same pace. As a result, many pupils are being left behind. With this in mind, recent trends in education have called for teachers to focus on the individual and plan classes for different levels of interest and learning abilities.
Therefore by applying the principle of a combined class (having two different learning groups in one classroom), more help for slower pupils or those getting left behind can be expected. Furthermore, use can be made of individualē—“ ideas on how to proceed in class when making the teaching plan as would be done in a combined class. In other words the teaching methods for combined classes are the basis for those for ordinary classes with pupils of varying abilities, when giving individual instruction or when carrying out problem solving exercises.


The challenge for the teacher training department
To train teachers who understand the principles of teaching combined classes courses on the subject need to be introduced. From next semester I will be incorporating some of my research into combined classes in my lectures and hopefully we will one day be able to start a fully fledged course.

Combined Class
Possible Questions to Initiate a Discussion

The following questions might be used to initiate a discussion about combined classes.

Why do schools in Richmond have combined classes?

What do parents whose children who have been in a combined class have to say?

What do students say about combined classes?

What do teachers say about combined classes?

What are the challenges of a combined class? What are the possibilities?

What are the possible dangers of a combined class? What are the potential advantages?

How do students in combined classes perform?

Is the answer to these questions the same for students of all ages?

How does your school decide which students to assign to each combined class?



Policy and Regulations

There is no policy, either at the provincial or district level, which directly addresses combined classes. However, class size maximums in the Collective Agreement with teachers limit the options available to schools and are often important in the decision to form combined classes. It should also be noted that the prescribed learning outcomes mandated in the curriculum (IRPs) are the same for all students, whatever the configuration of their class. Similarly, all other policies on instruction, assessment and reporting apply in combined classes just as they do for straight grades.



Discussion

An overview which presents related ideas and issues is provided below. It might be useful either as a preparation for or follow-up to discussion activities.

Two thirds of the elementary classes in Richmond are combined classes (two grade groups in one class, e.g.: grade 4/5, and sometimes three grades), and they are common across the province. In most cases, combined classes are an administrative necessity because they allow the greatest number of students to be educated in the fewest number of classrooms. This organization keeps class sizes at the maximum level allowable and ensures that they are roughly equal in size and balanced with respect to student needs. This is necessary in order to comply with the Collective Agreement with the RTA and to minimize costs.
Sometimes, however, combined classes are established for practical reasons when it would have been possible to organize at least some single-grade classes. A school organization with single-grade classes sometimes provides only one possible placement for a student, which for various reasons (social, academic, contractual) may not be the ideal classroom for that particular child. By using combined classes, two, and sometimes several, choices for placement can be made available. A child can then be placed in the classroom that best serves his/her social and academic needs.

Sometimes, combined classes are created for pedagogical rather than practical reasons. For example, the Montessori program is based on combined classes of three grades. The school-based decision to organize by forming combined classes throughout the school is supported by a sound educational philosophy, backed in part by research, and in part by teacher experience.

Dr. Joel Gajadharsingh from the Department of Curriculum Studies from the University of Saskatchewan completed a Canadian study on the effects of multi-age grouping or combined classes on student learning in 1991. He found, using standardized tests, that students in combined classrooms did as well or better in the following academic areas: Math, Language, Science, Social Studies. Using teacher-made tests or teacher-determined assessment strategies, he verified that B.C. students did as well or better in the above mentioned areas. He also found that students in combined classes performed better than students in single grade classrooms in the following areas: independence, responsibility, study habits, and attitude toward school.

Teachers in combined classes, like those in straight grades, follow the curriculum requirements defined by the Ministry in curriculum guides (Integrated Resource Packages, IRPs).

Students in a combined class look similar to those in a single grade classroom. Detailed studies, like John Goodlad’s in 1987 (The Non-graded Elementary School) have shown that on average a five year span of developmental difference is typically found in a single grade group. Students in two-grade groups together combine to span about six years of difference in the various aspects of their development. Teachers in both combined and straight grades fully acknowledge that a broad span of individual difference is to be expected. Diversity is welcomed and accommodated as teachers aim to satisfy the needs of individual students while delivering the mandated Ministry curriculum. Teachers are trained to provide instruction to diverse classes of students, looking at children as individuals, and providing Individual Educational Plans where warranted for students who are slower or faster to develop. Thus, learning is enhanced for all.

Combined classes offer enhanced opportunities for all students to demonstrate confidence, positive self-concept, and a strong sense of belonging. They can become increasingly thoughtful and helpful as they help other students. They can form broader and more varied friendships as older students provide role models for younger students. Sometimes teacher/student relationship can be enhanced if the same teacher teaches a student for more than one year, leading to increased feelings of security for returning students and a smoother transition in September because the teacher already knows their learning styles and needs well.

Notwithstanding the research and the demonstrable success of combined classes as shown in the many positive examples across the district, many parents are not comfortable with this organization and some teachers are also concerned about it. Parents often say that they think that a child in the “top half of a split” will be held back by the younger children and may not be taught the full curriculum. Some teachers find it difficult to teach in very diverse classes. Teachers of combined classes must work hard to deal effectively with the diversity in their classes and have the added challenge of combining curriculum from two grade levels, but it is also true that all teachers must design instruction to support a very broad range of learning styles and abilities as well as student backgrounds and personal circumstances.
Parent and teacher concerns seem most often to be based on an understanding of the curriculum as content to be conveyed to students, rather than a more holistic view of the curriculum as a set of leaning experiences which is designed to accommodate a diverse group of learners and help them all to be successful. Teaching strategies that address diversity, meet individual needs, and satisfy Ministry requirements with respect to content and processes of learning work well in both combined and single grade classrooms. In fact, they are necessary with any group of students, but they are also complex and require sophisticated understandings of both teaching and learning. The following two examples illustrate the type of instruction that works well with diverse groups of learners, whether in a combined or straight-grade class.

The Thematic Approach : Teachers often use themes to address Science or Social Studies goals with possibilities for integrating work in other content areas like Math, Language Arts and Fine Arts. (e.g., Exploring the Universe). This approach enables the teacher to address processes and skills requiring continuous development. Some in-school coordination is required so that the necessary topics are addressed over the elementary years and popular themes are not repeated unintentionally, although different aspects of a theme may be intentionally addressed in different grades. For example, identification and special features of dinosaurs fascinate Primary learners, whereas Intermediate students might study the impact of climatic change on ecosystems using the same theme. Also, many topics spiral through the curriculum and are taught, or learned, with different degrees of sophistication at different ages - e.g., fractions, probability, community and government - and thus some themes may quite reasonably be explored repeatedly over the years.

Writers’ Workshop: Students draft, revise and publish original pieces of writing under the teacher’s direction. Curricular expectations are met through whole class lessons on writing styles, mechanics, and analyzing shared student writing for strengths. Students’ individual needs are met through regular teacher conferences where progress is assessed and goals are set. Reinforcement in specific skills such as individual elements of punctuation or strategies for organizing thoughts in advance of writing may be provided in small specially formed ad-hoc groups as necessary.

Students generally do well in combined classes. There is no objective evidence that they are less desirable educational settings than single-grade classes. In fact, on the spring 1998 Provincial Learning Assessment Program results for reading and writing, district results equaled the provincial average for reading at the Grade 7 level and slightly exceeded the provincial average for writing at Grade 7 and both reading and writing at Grade 4. At both grade levels the provincial interpretation panel judged the results to exceed expectations. (Only 10% of students were excused from this assessment due to absence from school that day or special leaning challenges, including being in the early stages of learning English as a second language. which made their participation inappropriate - this despite the high levels of ESL in the district.)

Parents often ask how students are assigned to combined classes and what reasoning goes into deciding whether a student should be placed with older or younger students. It is often assumed that the “brighter” students are placed with older children and those who are less able are placed with younger children. This is not an effective way to compose classes and should not occur.

Best practice for composing classes involves consideration of a wide range of relevant characteristics such as abilities and needs, social development, independence, friendships, and gender in order to create balanced classes which are uniformly diverse. It is a good practice for schools to inform parents about this process and also to allow them to contribute information about their children which might have some bearing on the decision (but this does not include requesting a specific teacher). Children should also be allowed to contribute information about their friends so that at least one close relationship can be maintained.
What do you think about combined classes in elementary?
Question:My daughter (2nd grader) was put into a combined class with 3rd graders. Im a little concerned about this. I'm looking for others who have had experience with there kids in this situation. Negitive or positive? Should I try to have her put into another class? Or is it possible she may benefit from it.

Answers:
I am a teacher (and taught 2nd grade for 5 years) and I do know that usually the kids that are put in the combo classes are children that are regarded as having excellent behavior and can work independently, not to mention being able to work on grade level. So.take it as a compliment. Also, being that she is in the younger of the grades, she can definitely benefit from having 3rd graders in the room. She will be exposed to harder material and will be challenged. She will see some of hte 3rd grade curriculum without actually experiencing it, so that it wil still be new for her next year. You have the option to switch her if you want. However, if there is a really good teacher in the room, then leave her there, especially if she likes a bit of a challenge.
________________________________________
I was in a montessori school and was in combined classes all thru elementary school. I was in pre-k and k, grades 1-3 were together, and grades 4 and 5 were together. I never experienced anything bad because of this. I was advanced and could read material from higher grades this way. Also, when the teacher was doing lessons for the other grades, we have free time to pursue independent studies.
________________________________________
I, too was combined with higher grades in school. It is very helpful and will not bring negatives to your kid. It will only do kid will, I promise.
________________________________________
I was in a 2nd and 3rd grade combo class in elementary school and again when i was in high school I was in a Spanish 3-4 combo class. In my experience the people put into combo classes have excelled. I did great in the classes, I was able to learn so much by listening to the lesson taught to the older grade. With combo classes there will be a lot of independent work. If daughter can handle independent work she should be fine and benfit from the experience!
________________________________________
i'm 23 and when i was in fourth grade i was in a split class... there were only 4 girls (in 4th grade) so the teacher had one girl to each table. the boys at my table picked on me so bad that as a fourth grader i was put in therapy... i blame the teacher mostly because she would give us work and then teach the younger kids and that's when i was picked on.. split classes are NOT a good thing and i feel my education suffered from it not only because i was tormented but because the teacher wasn't available to help with school work.. see if you can get your daughter in a different class she's not gonna be better off because of the older kids in the class... at such a young age she needs a teachers full attention and that's not what she's gonna get when her teacher is teaching 2 classes!
________________________________________
I would think she would benefit from it, learning material quicker and such. But, When she is in 3rd grade, would she be taking the same thing over again? Just make sure that she can keep up and isn't following behind.

Pengurusan Integriti

MODUL INTEGRITI

AKTA PENCEGAH RASUAH 1997


AKTA PENCEGAH RASUAH 1997

1. Akta Pencegah Rasuah 1997 (selepas ini disebut sebagai “Akta ini”) yang berkuatkuasa pada 8.1.1997 adalah gabungan dari tiga undang-undang rasuah yang terpakai sebelum ini iaitu:

I. Akta Pencegah Rasuah 1961 ;

II. Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 ; dan

III. Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, No.22 Tahun 1970

HURAIAN SEKSYEN UTAMA AKTA PENCEGAH RASUAH 1997

SEKSYEN 10 – KESALAHAN MENYETUJU TERIMA SUAPAN

Ciri-ciri kesalahan dibawah seksyen 10 secara ringkasnya adalah seperti berikut:-

1. Mana-mana orang yang dengan sendiri atau melalui orang lain yang:
A. Secara rasuah, meminta atau bersetuju menerima; atau
B. Memberi, menjanjikan atau menawarkan;

2. Apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah bagi;

3. Mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan sesuatu, atau mana-mana pegawai suatu badan awam melakukan atau tidak melakukan sesuatu; dan

4. Berkenaan dengan satu perkara atau transaksi yang melibatkan badan awam tersebut.

Huraian:

Kesalahan di bawah seksyen 10 adalah sama dengan kesalahan rasuah seperti diperuntukkan dalam Akta Pencegah Rasuah, 1961. kesalahan rasuah yang dilakukan adalah kerana kesalahan memberi atau menerima suapan sebagai dorongan, upah, ganjaran atau balasan kepada seseorang untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan. Kesalahan ini juga termasuk perbuatan cuba melakukan, bersubahat atau berpakat jahat jenayah untuk malakukannya.

Perkara yang penting dalam kesalahan ini ialah perkataan secara rasuah atau corruptly. Perkataan rasuah yang membezakan sama ada perkara yang berlaku itu satu kesalahan atau tidak. Mahkamah telah memutuskan bahawa “secara rasuah” bermaksud dengan niat jahat.


Contoh:

A. Kesalahan memujukrayu suapan atau sogokan

Kes Datuk Hj. Idris, bekas Menteri Besar Selangor telah didapati bersalah kerana cuba mendapatkan wang sebanyak RM250,000.00 secara rasuah daripada Hong Kong and Shanghai Banking Corporation.

B. Kesalahan menerima suapan atau sogokan

Kes Datuk Hj. Harun Idris juga telah didapati bersalah kerana telah menerima wang tunai sebanyak RM25,000.00 dan RM225,000.00 daripada Hong kong and Shanghai Banking Corporation.


SEKSYEN 11 – KESALAHAN MEMBERIKAN ATAU MENYETUJU TERIMA SUAPAN OLEH EJEN

Terdapat 3 kesalahan yang diperuntukkan di bawah seksyen 11, iaitu:

1. Seorang ejen atau pegawai awam, secara rasuah menyetuju terima atau, memperoleh atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh satu suapan, sebagai dorongan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu berkaitan dengan urusan prinsipalnya.

2. Seseorang yang secara rasuah memberi atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan suapan sebagai dorongan kepada seorang ejen untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu berkaitan denan urusan prinsipalnya: dan

3. Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipalnya, suatu dokumen yang diketahuinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengelirukan prinsipalnya.

Huraian:

Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 11(a), (b), dan (c) dalam Akta ini adalah sama seperti diperuntukkan di bawah seksyen 4(a), (b), dan (c) Akta Pencegah Rasuah, 1961. Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen ini adalah berkaitan dengan kesalahan memberikan atau menyetuju terima suapan oleh ejen.

Kesalahan di bawah subseksyen (a) adalah kerana menyetuju terima atau memperoleh, atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba memperoleh daripada mana-mana orang, untuk dirinya sendiri atau orang lain, apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubung dengan hal-ehwal perniagaan prinsipalnya.

Subseksyen (b) pula adalah kesalahan memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubung dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya.

Manakala kesalahan yan diperuntukkan di bawah subseksyen (c) pula adalah kesalahan kerana mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu. Kesalahan ini adalah sama seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 4(c) Akta Pencegah Rasuah, 1961. Secara ringkasnya seksyen ini bermaksud, mana-mana orang dengan disedarinya (diketahui atau knowingly) mengemukakan; atau jika seorang ejen menggunakan apa-apa resit, akaun atau lain-lain dokumen yang mengandungi pernyataan palsu atau tak lengkap dengan niat hendak mengelirukan atau memperdayakan majikannya.

SEKSYEN 12 – PENERIMA ATAU PEMBERI SUAPAN ADALAH BERSALAH WALAUPUN MAKSUD TIDAK TERLAKSANA

Peruntukkan ini adalah sama seperti terdapat dalam seksyen 6 Akta Pencegah Rasuah, 1961 yang secara ringkasnya memperuntukkan penerima atau pemberi suapan adalah bersalah walaupun sebab suapan diberi itu tidak terlaksana atau perkara itu tidak ada hubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipal.

SEKSYEN 13 – SECARA RASUAH MENDAPATKAN PENARIKAN BALIK TENDER

Seksyen ini memperuntukkan kesalahan bagi memberi suapan supaya sesiapa menarik balik tender atau meminta supaya ia menarik balik tender.



SEKSYEN 14 – PENYOGOKAN PEGAWAI BADAN AWAM

Seksyen ini adalah berkaitan kesalahan bagi mana-mana orang menawarkan rasuah kepada pegawai badan awam bagi melakukan salah satu perbuatan berikut:

a) Supaya pegawai itu mengundi atau tidak mengundi dalam mesyuarat badan awam itu:

b) Bagi melaksanakan atau tidak melaksanakan apa-apa perbuatan rasmi;

c) Membantu atau menghalang pelulusan apa-apa undi atau pemberian kontrak; dan

d) Supaya pegawai itu memberi atau tidak memberi sokongan atau tentangan atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian.

SEKSYEN 15 – MENGUNAKAN JAWATAN ATAU KEDUDUKAN UNTUK MENDAPATKAN SUAPAN

Kesalahan di bawah seksyen 15 ini adalah kesalahan bagi seseorang pegawai badan awam menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan. Bagi maksud kesalahan ini, terdapat anggapan (presumption) di bawah seksyen 15(2) bahawa, sesiapa pegawai awam yang membuat keputusan berhubung dengan sesuatu perkara dimana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan, adalah dianggapkan telah menggunakan kedudukan untuk mendapat suapan.

Seksyen 15(3) pula menyifatkan seseorang anggota pentadbiran sesuatu negeri sebagai telah menggunakan kedudukan untuk suapan jika dia melanggar peruntukan dalam subseksyen 2(8) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Di bawah seksyen 15(4) pula adalah tidak menjadi kesalahan jika pegawai itu bertindak sebagai wakil kepada badan awam lain yang mempunyai kawalan dan bertindak bagi kepentingan badan itu.

Huraian:

Seksyen ini adalah diubahsuai dari seksyen 2 Ordinan Darurat No.22 Tahun 1970. Di bawah Ordinan 22, seseorang itu adalah bersalah jika terlibat dengan corrupt practice. Corrupt practice bermaksud menggunakan kedudukannya untuk faedah kewangan atau faedah-faeadah lain bagi diri sendiri; saudara mara atau sahabat handainya (using his position for his pecuniary or other advantage). Kesalahan di bawah seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 ini adalah kerana menggunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan, seperti yang ditafsirkan dalam seksyen 2 Akta baru ini.

Di bawah anggapan seksyen 15(2) Akta ini, sesiapa yang membuat sesuatu keputusan dimana dirinya, saudara atau sekutu mempunyai kepentingan adalah dianggapkan telah menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan. Oleh itu amatlah penting bagi sesiapa yang membuat keputusan, seperti pemilihan atau meluluskan kontrak dan sebagainya, meneliti pihak yang terbabit tidak mempunyai kaitan dengan dirinya, saudara atau sekutunya.

Di bawah seksyen 15(3) Akta ini pula, seseorang anggota pentadbiran disifatkan telah menggunakan kedudukan jika dia melanggar peruntukan dalam subseksyen 2(8) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

SEKSYEN 16 – PENALTI BAGI KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 10, 11, 13, 14 DAN 15 AKTA INI

Seksyen ini memperuntukkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di atas. Secara umum, apabila disabitkan dengan kesalahan, seseorang itu boleh dihukum dengan penjara, iaitu tidak kurang 14 hari dan tidak lebih dari 20 tahun. Selain dari itu dia juga boleh dikenakan denda tidak kurang dari 5 kali nilai suapan atau 10 ribu ringgit, yang mana lebih tinggi.
Kes Rujukan: PP lwn. Mohd Salim Hamiddulrahman (1988) 4 CLJ 199.

Dibandingkan dengan Akta Pencegah Rasuah, 1961, hukuman maksima yang boleh dikenakan adalah dengan penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak melebihi RM10,000.00 sahaja.

SEKSYEN 17 – KEWAJIPAN UNTUK MELAPORKAN TERNSAKSI PENYOGOKAN

Secara ringkasnya seksyen 17(1) mewajibkan mana-mana pegawai badan awam yang diberikan, dijanjikan atau ditawarkan rasuah supaya melaporkan penawaran itu. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000.00 dan penjara tidak lebih 10 tahun.

Dalam Akta yang lama, hukuman yang boleh dikenakan adalah dengan denda sebanyak tidak lebih RM500.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedu-dua sekali.
Kes Rujukan: PP lwn Gooi Soon Seng

Seksyen 17(3) pula mewajibkan seseorang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperolehi atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan, supaya melaporkan perkara tersebut seawal yang mungkin. Kegagalan berbuat sedemikian adalah suatu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

SEKSYEN 21(4) – KERAHSIAAN ADUAN KEPADA BADAN

Seksyen 21(4) menjadikan satu kesalahan bagi siapa yang mendedahkan aduan yang dibuat itu kepada sesiapa selain dari pegawai Badan atau Pendakwa Raya. Aduan yang dibuat kepada Badan adalah rahsia sehingga tuduhan dibuat di Mahkamah.

Huraian:

Seksyen ini menjadikan satu kesalahan untuk sesiapa menhebohkan sesuatu aduan yang dibuat kepada BPR. Adalah diketahui umum bahawa tomahan rasuah adalah satu perkara yang mudah dibuat terhadap sesiapa jua. Tomahan sahaja adalah mencukupi untuk menjatuhkan nama baik seseorang. Seksyen ini menetukan bahawa tiada tomahan boleh disebarkan sehingga siasatan selesai dan ada bukti mencukupi untuk menuduh seseorang itu di mahkamah.

SEKSYEN 27(7) pula melindungi seseorang yang mendedahkan maklumat berikutan dari perintah oleh pegawai Badan Pencegah Rasuah semasa siasatan. Orang itu tidak boleh dituduh atau dituntut di mahkamah. Ini bermakna ia tidak boleh didakwa di bawah mana-mana undang-undang termasuk Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya.

SEKSYEN 32 – PERINTAH PENGISYRIHARAN HARTA DAN KESALAHAN MENGENAI KEGAGALAN MEMBERI PENJELASAN

Di bawah seksyen ini, Pendakwa Raya boleh memerintahkan seseorang yang disyakki melakukan kesalahan di bawah Akta ini untuk mengisytiharkan semua harta yang dimilikinya di dalam dan diluar Malaysia termasuk harta yang dipegang oleh orang lain bagi pihaknya dan juga oleh saudara dan sekutunya. Kegagalan mematuhi perintah ini adalah satu kesalahan di bawah seksyen 32(2).
Kes Rujukan: Tan Sri Muhamad bin Mohd Taib

SEKSYEN 32(3) merupakan satu peruntukan baru, jika didapati harta yang dimiliki oleh seseorang pegawai badan awam adalah berlebihan dari emolumennya, Pendakwa Raya boleh meminta orang itu memberikan penjelasan. Jika dia tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan, maka dia telah melakukan kesalahan.

Hukuman:

Hukuman yang boleh dikenakan bagi seseorang yang disabitkan dengan kesalahan di bawah peruntukan seksyen ini adalah:

A. Dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada dua puluh tahun ; dan

B. Didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan itu, jika lebihan itu dapat dinilai, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

SEKSYEN 49 – KETERANGAN TENTANG KELAZIMAN TIDAK BOLEH DITERIMA

Seksyen 49 menyatakan bahawa sesuatu kelaziman, practice atau amalan di dalam sesuatu profession, pertukangan, kerjaya pekerjaan atau upacara sosial tidak boleh digunakan sebagai suatu pembelaan di mahkamah bawah Akta ini.

Huraian:

Seseorang yang telah menerima sesuatu suapan itu tetap bersalah walaupun ia menyatakan bahawa suapan itu adalah hadiah harijadi dan sebagainya termasuk dalam mana-mana perayaan.

SEKSYEN 53 – PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT DAN MAKLUMAT

Di bawah seksyen ini umumnya semua pemberi maklumat kepada pegawai Badan adalah dilindungi dan tidak boleh didedahkan atau diperintahkan untuk didedahkan di dalam mana-mana mahkamah. Di dalam hal maklumat diberi pula, segala bahagian yan mengandungi identiti pemberi maklumat hendaklah dihapuskan, disembunyi atau dirahsiakan.

SEKSYEN 55 – TANGGUNGAN BAGI KESALAHAN DI LUAR MALAYSIA

Jika kesalahan di bawah ini dilakukan di luar Malaysia oleh warganegara atau pemastautin tetap Malaysia, maka kesalahan itu dianggap seolah-olah berlaku di dalam Malaysia dan semua peruntukan Akta ini adalah terpakai.


PUNCA, KESAN RASUAH DAN SYMPTOM

PUNCA RASUAH

1. PENYALAHGUNAAN KUASA

Melalui jawatan/amanah/kedudukanuntuk dapatkan suapan dalam membuat keputusan untuk diri sendiri, saudara-mara atau sekutunya yang ada kepentingan.

2. KELEMAHAN KAWALAN

- Diri sendiri
• Nafsu sekiranya tidak dikawal akan menghancurkan diri manusia itu sendiri.
• Rasulullah s.a.w menyifatkan:
• ‘peperangan melawan nafsu adalah satu jihad yang lebih besar daripada peperangan di medan perang’

- Dalaman Jabatan
• Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
• Penurunan kuasa tanpa kawalan/budibicara tanpa had/kawalan
• Kurang ketelusan polisi, prosedur jabatan
• Ketiadaan saluran pemantauan (pengaduan)
• Kelemahan kepimpinan

3. KEWUJUDAN PELUANG

• Kepesatan pembangunan sosio-ekonomi (tekanan hidup serba mencabar)

• Amalan tradisi dan kebudayaan (kaburi mata orang ramai, menghalalkan pemberian melalui harijadi, perkahwinan, keraian dll)

• Kelemahan sistem dan prosedur dan kepimpinan

JENIS-JENIS RASUAH

a. Secara spontan tanpa rancangan

b. Dirancang satu daya usaha

c. Kemukakan dokumen palsu

d. penyalahgunaan kuasa

CIRI-CIRI RASUAH

a. Dua pihak

b. Secara sulit/tersembunyi

c. Majikan lain yang haram

d. melibatkan wang

e. Seks

f. Komisen


DUA FAKTOR UTAMA

‘Tamak’ dan ‘Peluang’ (Prof. John Hogarth – Prof of Laws-Canada)

Kajian 1991 Socio Ekonomic Research Unit (SERU)

• Sebab pegawai kerajaan terima rasuah
- Tamakkan wang/belanja lebih (80%)
- Tidak cukup setia (71%)
- Peraturan kerja longgar (70%)

• Sebab orang ramai beri rasuah
- Percaya pegawai kerajaan sanggup menyalahgunakan kuasa (70%)
- Pemberi rasuah tamakkan wang/harta (67%)
- Setelah usaha sesuatu dari kerajaan gagal (67%)




APAKAH KESAN-KESAN RASUAH ?

1. Menjual maruah diri

• ‘Corruption is worse than prostitution. The latter might ebdabger the morals of an individual, the former invariably endanger the morals of the entire country’
(Menjual kuasa/menggadai maruah diri) Kars Kraus (Morality and Criminal Justice 1908)

2. Tumpuan pembangunan atau pelaburan tidak seimbang

• Akibat RASUAH, keputusan untuk pelaburan dan pembangunan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan dan keperluan masyarakat

3. Menyebabkan kenaikan harga barangan (Kos modal)

• Kajian mendapati pengguna terpaksa membayar antara 10% hingga 20% lebih daripada harga sepatutnya

4. Rasuah mengakibatkan kehilangan nyawa

• Runtuhnya pasaraya di Korea Selatan
• Runtuhnya 19 blok lima tingkat di Sakhlin Island Rusia – 2000 mati (1995)
• Keretakan 26 blok rumah pangsa awam di Hong Kong 1995 – 80,000 penghuni dipindahkan – dakwa 11 orang ICAC
• Kemasukan senjata api, sisa toksid
• Lesen memandu JPJ – tidak test dll

5. Pengaliran keluar wang negara (Capital outflow)

• Wang yang diperolehi secara RASUAH selalunya disimpan di bank luar negara bagi mengelakkan dikesan/dirampas/tidak selamat. Ini menyebabkan banyak wang mengalir keluar/kehilangan modal

6. Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah

• “…kadar jenayah meningkat petanda kadar rasuah meningkat…” – (Syed Hussien Al-Atas)

7. Menjejaskan kecekapan dan kelicinan pentadbiran

• Perlu ‘speed money’ jika mahu tindakan segera diproses
• Berlaku melambat-lambatkan pengendalian tugas dan menafikan hak yang perlu perkhidmatan percuma




SYMPTOM RASUAH

1. Perubahan gaya hidup secara tiba-tiba

2. Kegagalan menjelaskan punca perolehan harta

3. Kerap bekerja lewat walaupun kerja kurang

4. Pengaduan melalui surat layang atau telefon

5. Enggan naik pangkat/pertukaran

6. Hidup tertekan kerana berhutang

7. Perhubungan rapat dengan kontraktor/pembekal

8. Terlalu mesra dengan pembekal dan kontraktor enggan berurusan dengan pegawai lain

9. Panggilan telefon yang mencurigakan

10. Suka hidup berlagak seperti orang kaya

11. Penglibatan luarbiasa dengan jabatan lain

Sifat Mahmudah

*Cukup apa yang diberikan
*Tidak pentingkan duniawi
*Menyimpan rahsia
*Lambat marah
*Berani
*Pemaaf
Hindari Sifat Buruk Sangka
PERBUATAN memburuk-burukkan seseorang tanpa mengetahui kebenaran tuduhan dan prasangka itu adalah sifat terkeji. Mereka yang melakukannya adalah dari kalangan yang tidak mencintai keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara mara.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis itu, Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji. Kesan perbuatan itu membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah dalam masyarakat.
Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain timbul daripada perasaan tidak puas hati dan dengki khianat. Ia melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku. Mereka sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diri dikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan.
Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlu mengadakan bukti kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya. Ia bukan dengan mengada-adakan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dijadikan modal menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu kepada seseorang.
Akibat daripada perbuatan itu, perasaan dendam akan terus berpanjangan antara yang menuduh dan yang kena tuduh. Mereka ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan orang kena fitnah pula ingin membuktikan dia tidak bersalah.

Allah berfirman bermaksud:
“Wahai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Islam juga melarang umatnya daripada sikap suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘jangan jaga tepi kain orang’.

Tetapi, dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan perkara sumbang dalam masyarakat yang mengundang kemudaratan kepada ajaran agama, maka dibolehkan untuk berbuat demikian.
Tujuannya untuk menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat. Apa yang berlaku dalam masyarakat hari, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan bertujuan menegah daripada berlakunya perkara sumbang.
Sebaliknya, bagi mendapatkan rahsia keaiban orang. Ia kemudian dijadikan modal untuk memburuk-burukkan orang itu. Islam menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun mengetahuinya. Hal ini kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita dari terhebah kepada orang lain.
Antara sifat manusia yang suka menyebarkan khabar angin dan fitnah adalah hasad dengki dan iri hati. Hasad dengki dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain.
Rasulullah bersabda bermaksud:
“Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Hadis riwayat Muslim).
Sikap itu mungkin membawa kepada keadaan lebih buruk apabila timbul sikap benci membenci, tuduh-menuduh, caci-mencaci dan akhirnya perbalahan dan boleh mencetuskan pembunuhan. Sekiranya tidak ada orang yang sanggup menjadi perantara untuk melerai permusuhan daripada sifat berburuk sangka, penyebaran khabar angin, fitnah serta hasad dengki, tentu membawa kepada berlakunya perkara lebih buruk. Ia boleh meruntuhkan maruah dan peradaban manusia.
Dalam hal ini, kesabaran menjadi asas utama bagi mengelakkan hal yang lebih besar melanda manusia. Bagi mengelakkan diri terbabit dengan sifat keji itu, eloklah beramal dengan beberapa ciri sifat mahmudah seperti disarankan Imam al-Ghazali iaitu:
*Al-qanaah (cukup dengan apa yang diberikan).
*Al-zuhd (tidak mementingkan duniawi).
*Kitmanus-sir (menyimpan rahsia).
*Al-hilm (lambat marah).
*As-syajaah (berani).
*Al-iffah (pemaaf).
Rasulullah bersabda bermaksud:
“Janganlah kamu marah, janganlah kamu berhasad dengki dan janganlah kamu bermasam muka, sebaliknya jadikanlah kamu hamba Allah yang bersaudara.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

i. Membincangkan mengenai Tamadun Islam berdasarkan :- a) Definisi b) Sejarah perkembangan c) Kepentingan mempelajarinya

Perkataan ‘tamadun’ sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan ‘tamadun’ selalunya merujuk kepada pencapaian tertinggi dalam sains dan teknologi selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Sebenarnya perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal dari perkataan ‘maddana’ dalam bahasa Arab. Maddana ini diterbitkan perkataan maddani yang merupakan sifat nama. Maddana merupakan kata kerja yang merujuk kepada ‘perbuatan membuka bandar’ atau kota serta ‘perbuatan yang halus pekerti’. Daripada sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan ini iaitu maddani dan maddana sebenarnya berasal dari perkataan deen yang bermaksud agama iaitu mengambarkan kehidupan beragama.
Secara umumnya pengertian tamadun Islam mempunyai perkaitan antara konsep bahasa dan istilah. Dari sudut bahasa Arab, terdapat istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah itu ialah madaniah, tamadun, dan hadarah. Ibn Khaldun, seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang kemasyarakatan Islam dalam karyanya Muqaddimah, telah menggunakan istilah Umran, Umran digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau kota yang memiliki kawasan tanah untuk didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju.
Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu Al-Quran dan hadis dan tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai Muslim. Ini bermakna tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa,budaya,atau bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung oleh sama ada bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid ( meng-Esakan Allah) manakala golongan minoriti bukan beragama Islam yang bernaung dibawah pemerintahan Islam dianggap sebagai penyumbang kepada pencapaian tamadun Islam.
Istilah Tamadun Islam mempunyai beberapa makna. Dari segi budaya ia merujuk kepada komuniti Muslim sedunia, pengikut ajaran Islam. Komuniti ini berjumlah kira-kira 1.3 hingga 1.4 bilion orang, atau satu perlima dari penduduk dunia.
Komuniti ini tersebar luas di banyak negara dan kumpulan etnik yang Cuma dihubungkan dengan agama. Dari segi sejarah atau geopolitik pula, istilah ini biasanya merujuk kepada kumpulan negara majoriti Muslim atau negara yang
Islam menonjol dalam politiknya.
Komuniti Muslim sedunia juga dikenali secara kolektif sebagai "ummah".
Islam menekankan perpaduan dan pembelaan sesama Muslim, walaupun
terdapat beberapa golongan dalam Islam (seperti pemisahan Sunnah-Syiah). Di
masa lampau, ideologi "pan-Islamisme" dan nasionalisme pernah mempengaruhi
Dunia Islam.
Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia.
Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau
Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains
dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui
sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris:
Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang
di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar
menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol
dan lain-lain wilayah di Timur Tengah.
Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Semasa Zaman Keemasan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan
Abbasiyah), para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia
Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua
cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan
menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri.
Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan
itu.
Kerajaan Islam mewarisi "pengetahuan dan kemahiran Timur Tengah
kuno, Yunani, Parsi dan India. Mereka menambah pembaharuan penting dari
luar, contohnya seperti penomboran kedudukan dari India," tulis Bernard Lewis
dalam bukunya What Went Wrong? (Apakah Silapnya?).
Satu lagi pembaharuan ialah kertas, asalnya rahsia yang dijaga ketat
orang Cina. Seni pembuatan kertas diperolehi daripada dua tawanan di
Pertempuran Talas (751), hingga kilang kertas dapat dibina di Samarkand dan
Baghdad. Orang Arab memperbaiki teknik orang Cina dengan menggunakan
kain linen berbanding kulit pokok mulberi.
Kebanyakan pembelajaran dan kemajuan ini dapat dikaitkan dengan
geografi. Sebelum kedatangan Islam lagi, bandar Makkah telah menjadi pusat
perdagangan di Semenanjung Arab dan Nabi Muhammad juga merupakan
saudagar. Tradisi mengerjakan haji ke Mekah menyebabkannya menjadi pusat
pertukaran idea dan barangan. Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas
jalan perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun
Islam tumbuh dan berkembang di atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan
tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan kepemilikan
tanah pertanian oleh bangsawan. Para saudagar membawa barangan dan kepercayaan mereka ke China (menyebabkan ramai Cina Muslim iaitu hampir 37 juta.
Sebahagian besarnya orang Uyghur Turki yang tanahnya dirampas China), India,Asia Tenggara, dan kerajaan di barat Afrika dan kembali dengan pembaharuan baru. Saudagar-saudagar ini menggunakan kekayaan mereka untuk melabur dalam industri tekstil dan perladangan.
Perkembangan tamadun Islam ini juga dapat dilihat dari segi kesenian islam itu sendiri. Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750 hingga abad ke-16, apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip
berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan
sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias
menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati dan lukisan potret kenit
berkembang maju di Parsi. Seni khat, salah satu aspek tulisan Arab yang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina.
Hanya dalam bidang falsafah para cendekiawan dilarang mengemukakan
idea-idea bukan ortodoks. Bagaimanapun, ahli sains Parsi, Ibnu Sina dan Ibnu
Rushd memainkan peranan yang utama dalam penyimpanan karya-karya
Aristotle yang idea-ideanya menguasai pemikiran bukan agama bagi dunia-dunia
Kristian dan Muslim. Mereka juga menyerap idea-idea dari China dan India, dan
menambahkannya pada pengetahuan mereka yang luas yang diperoleh
daripada kajian-kajian sendiri. Tiga orang pemikir spekulatif, al-Kindi, al-Farabi,
dan Ibnu Sina, menggabungkan Aristotelianisme dan Neoplatonisme dengan
idea-idea lain yang diperkenalkan melalui Islam.
Dalam dunia sains Islam pula, perbezaan antara sikap ahli-ahli sains
Byzantine dengan sikap orang-orang Muslim zaman pertengahan yang setara
adalah nyata. Byzantium tidak menambah atau hanya menambah sedikit
pengetahuan baru kepada sains perubatan Yunani-Rom. Ini mungkin boleh
dijelaskan melalui fakta bahawa perkembangan permulaan Islam ke luar
Semenanjung Arab telah menawan tiga buah kota Byzantine yang paling
produktif: Iskandariah, Carthage dan Antioch. Akibat kehilangan kerajaan pusat
yang amat mahir, serta serangan-serangan Arab yang berterusan terhadap
Anatolia, kebanyakan kota Byzantine tidak dapat menyokong seni dan sains.
Banyak penduduk kembali beramai-ramai ke perladangan sara diri. Kebanyakan
ahli sains Islam yang paling terkenal hidup pada Zaman Keemasan Islam. Antara
pencapaian-pencapaian cendekiawan Muslim semasa zaman ini ialah rekaan
trigonometri sfera, kemajuan dalam bidang optik serta kemajuan dalam bidang
astronomi (termasuklah pembinaan balai cerap pertama serta penciptaan
astrolab).
Perubatan merupakan sebahagian utama kebudayaan Islam Zaman
Pertengahan. Bergerak balas kepada keadaan masa dan tempat, pakar perubatan dan cendekiawan Islam mengembangkan sebuah kesusasteraan
perubatan yang besar dan rumit yang memeriksa dan mensintesiskan teori dan
amalan perubatan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara Amerika
Syarikat).
Perubatan Islam dikembangkan Perubatan Islam dikembangkan berdasarkan tradisi, terutamanya pengetahuan teori dan amalan yang dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom.
Bagi cendekiawan-cendekiawan Islam, Galen dan Hippocrates merupakan tokoh-tokoh cemerlang yang berwibawa, diikuti oleh cendekiawan-cendekiawan Yunani di Iskandariah.
Para cendekiawan Islam menterjemahkan karya-karya
Yunani kepada bahasa Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan
perubatan yang baru berdasarkan teks-teks tersebut. Untuk membolehkan tradisi
Yunani lebih senang difahami dan diajar, cendekiawan-cendekiawan Islam
menyusun pengetahuan perubatan Yunani-Rom yang luas dan kekadang tidak
tekal dengan lebih sistematik melalui penulisan ensiklopedia dan ringkasan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS).
Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek agama kerana agama Islam membawa akidah, iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusi akidah, manusia bebas hidup tanpa ada sesuatu yang di¬takutinya kecuali Tuhan.
Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas dan jujur. Oleh sebab sifatnya sarwajagat dan tidak terbatas-batas bangsa, kaum, keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam dapat diterima oleh semua bangsa di dunia. Inilah antara sebab agama dan tamadun Islam berkembang di seluruh dunia. Di samping itu, agama Islam juga menyediakan undang-undang dan peraturan hidup manusia yang dinamakan Undang-undang Syariat yang dilaksanakan setiap masa dan tempat. Sekiranya akidah menjadi aspirasi dan motif penggerak ke arah tamadun, maka peranan syariat itu ialah menunjuk ajar serta memberi kaedah yang jelas kepada asas pembinaan tamadun.
Antara asas itu ialah ilmu, iman dan amal. Ini ditambah pula dengan aspek akhlak, iaitu asas kepada pembinaan peribadi yang luhur. Kesepaduan ketiga-ketiga aspek itu akan membentuk insan yang sem¬purna yang merangkumi roh, akal dan jasad. Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja, bahkan mereka menentangnya. Seruan agama secara paksaan yang selama mi diamal¬kan oleh pihak gereja telah diubah kepada cara diplomasi dan damai.
Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang Eropah dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama mi dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk yang pasif lantaran dosa warisan.
Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan di dunia, bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna.
Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-tokoh falsafah Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671. Seterusnya karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Bukan se¬takat menterjemah, malahan orang Eropah juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Robinson Crusoe yang dihasilkan pada abad ke¬ 18M.
Begitu juga idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut Renan, telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali.
Dalam bidang kemasyarakatan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat memberi pendapat, memberi layanan baik terhadap tawanan pe¬rang, etika peperangan seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad (saw) dan para sahabatnya termasuk Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali.
Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipe¬lajari daripada orang Islam. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-Ghafiqi.

Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan al-Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah.
Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang membuat senjata di kota-kota besar Islam seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar kepada Eropah.
Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-¬karya beliau antaranya Liberab’ci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.
Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah ter¬dapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam.
Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuh¬tumbuhan. Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidang farmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan.
Dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne (1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab.
Dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir, banyak karya bahasa dan sas¬tera dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah. Istilah-¬istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan ba¬nyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah. Tidak kurang pentingnya tentang ilmu pelayaran Islam. Ramai tokoh ahli pelayaran Islam yang menjadi terkenal antaranya ialah al-Mas’udi, Ibn Jubayr dan Ibn Battutah.
Dalam bidang ketenteraan pula, taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik dan strategi peperangan pada zaman moden.
Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi ta¬madun mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata. Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.
Sebagai umat Islam pada hari ini, adalah amat penting bagi kita mengetahui dan mempelajari tentang sejarah dan perkembangan kegemilangan tamadun Islam. Secara dasarnya, suatu waktu dahulu, sinar Islam pernah berkembang dengan gemilang dan cerah. Kegemilangan tamadun Islam pernah menjadi ikutan barat selama dunia barat selama beratus-ratus tahun. Kemajuan dan kehebatan barat pada masakini sebenarnya adalah kerana mereka mempelajari dan mengeksploitasi ilmu-ilmu Islam pada zaman dahulu dan menukarkan tamadun mereka menjadi hebat pada hari ini. Pada saat ini, umat Islam dilihat sebagai mundur, suka berperang, berpecah belah dan menindas kaum wanita, itulah yang di gambarkan oleh barat untuk menjadikan Islam tidak tidak dapat bangun semula.
Pada masa kini, adalah penting bagi umat Islam menggali semula ilmu-ilmu yang telah ditinggalkan oleh para cendekiawan dan ulama Islam agar kita umat Islam kembali berada diatas semula mengulangi semula zaman kebangkitan Islam. Kelemahan dan kemunduran umat Islam pada masa kini adalah disebabkan perangai dan sifat umat Islam sendiri yang malas untuk menuntut ilmu, suka kepada kekayaan duniawi, dan rakus dan tamak mengejar segala sogokan-sogokan dunia yang di utarakan oleh budaya barat pada zaman sekarang. Umat Islam harus mula sedar dan mengubah sikap agar Islam itu kembali dipandang mulia dan syumul dan menjadi contoh ikutan kepada mereka yang lain.
Umat Islam tanpa mengira fahaman mazhab dan aliran haruslah kembali bersatu agar tali ikatan ummah sentiasa teguh dan kukuh menjadi benteng kepada umat Islam. Justeru itu,adalah penting bagi umat Islam mempelajari sejarah dan tamadun Islam agar kita dapat belajar dari sejarah bahawa perpecahan,sifat tamak dan haloba kuasa, sifat dengki khianat yang menyebabkan runtuhnya tamadun Islam yang pernah gilang gemilang pada suatu masa dahulu setelah kerajaan Turki Uthmaniyyah jatuh di tangan Mustafa Kemal At-Taturk dengan bantuan British. Umat Islam hendaklah tidak mengulangi semula kesilapan yang pernah berlaku pada saudara-saudara kita yang terdahulu dan kita perlu belajar daripada sejarah untuk membina semula Islam yang gilang gemilang dan diredhoi oleh Allah.





iii) Sumbangan tokoh-tokoh berikut serta menghubungkaitkan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing terhadap dunia moden.

Al- Farabi

PENGENALAN
Bumi Turkistan yang selama beberapa abad di bawah empayar Islam telah menjadi pusat aktiviti keintelektualan dan keagamaan. Kini telah menjadi sebuah jajahan di bawah pemerintahan Soviet Union. Namun, kita harus berterima kasih kerana bumi Turkistan ini telah melahirkan al-Farabi, seorang ahli falsafah yang begitu agung dalam dunia Islam mahupun Barat. Pengkajian beliau meliputi banyak bidang, daripada Disiplin Logik dan Falsafah kepada Ilmu Fizik dan Psikologi; daripada Linguistik dan Matematik kepada Sains Politik dan Perbandingan Agama. Al-Farabi merupakan ahli falsafah Muslim yang berpandukan al-Quran dan Sunnah, bukannya berteraskan ahli falsafah Greek sepertimana yang sering didakwa. Malahan, cara hidup dan berfikir beliau dalam dunia keintelektualan, juga berpandukan al-Quran, As-sunnah dan syariah.
LATAR BELAKANG

Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Awzalagh Al-Farabi, lebih dikenali dengan nama Abu Nasr Al-Farabi. Beliau dilahirkan di Wasij, sebuah perkampungan kecil di daerah Farab iaitu di wilayah Transoxiana, Turkistan sekitar tahun 870 Masihi. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad Ibn al-Sariy.
Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Sayf al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Oleh sebab itu, Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Beliau meninggal dunia di Damsyik pada bulan Rejab 339 Hijrah bersamaan Disember 950 Masihi, semasa berusia 80 tahun. Jenazahnya dikebumikan di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu sampingan kota tersebut. Sayf al-Daulah sendiri yang mengetuai sekumpulan pembesar istananya menyembahyangkan jenazah al-Farabi.




SUMBANGAN

Beliau merupakan seorang saintis terkemuka Islam dan termasyhur kerana hasil kerja dan penulisannya terutamanya dalam bidang Falsafah, Logik dan Sosiologi. Ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak terhad kepada tiga bidang itu sahaja kerana beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain meliputi sains, perubatan, matematik dan muzik. Sebagai seorang ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai ‘Neoplatonism’ yang cuba menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle. Selain buku-buku tulisan sendiri, beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logik dan sebagainya. Kehebatannya dalam bidang falsafah menyebabkan beliau digelar guru kedua (al-Mu’allim al-Thani) iaitu selepas guru pertama dalam bidang falsafah iaitu Aristotle.
Beliau juga terkenal kerana kemampuannya menguasai pelbagai jenis bahasa. Beliau banyak mengembara dan membuat kajian terutamanya di Damsyik dan Mesir. Salah satu daripada sumbangan utama Al-Farabi ialah membuat kajian mengenai logik dengan memudahkannya melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (Takhayyul) dan bukti (Thubut). Dalam bidang Sosiologi, beliau menulis buku bertajuk Ara Ahl al- Madina al-Fadila yang merupakan sebuah buku yang terkenal.
Beliau juga menulis buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kitab al-Musiqa al-Kabir. Tumpuan Al-Farabi bukan sahaja dalam bidang Falsafah dan Sosiologi semata-mata, sebaliknya, beliau merupakan pakar dalam kesenian dan sains muzik. Bakat beliau sangat menakjubkan apabila Al-Farabi juga telah mereka cipta beberapa peralatan muzik, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik. Dalam bidang Fizik pula, beliau menunjukkan kewujudan konsep kekosongan.
Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang Perubatan, Sains, Matematik, dan Sejarah. Namun, ketrampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan, kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Sebagai seorang ilmuwan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku. Sayangnya, kebanyakan buku-buku tersebut telah hilang. Hanya 117 buah buku hasil tulisan Al-Farabi yang dapat dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 43 buah adalah buku mengenai Logik, 11 buah (Metafizik), 7 buah (Sains Politik), 17 buah (Muzik, Perubatan, dan Sosiologi) manakala 11 buah lagi adalah dalam bentuk komentar. Beberapa buah bukunya termasuk Fusus al-Hikam telah menjadi buku teks falsafah selama berkurun lamanya di pusat-pusat pembelajaran dan sehingga kini masih digunakan di beberapa buah institusi di Timur.
Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan orang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.
Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada Sains dan Politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk dieksploitasikan bagi kepentingan orang lain tanpa penggunaan ilmu sains. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana kedua-duanya merupakan komponen yang saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini, beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.
Al-Farabi juga turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangn ilmu perubatan di zamannya. Salah satu pandangannya dalam bidang perubatan yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Hal ini menyebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.
Al-Farabi merupakan model cendekiawan Islam yang pakar segenap bidang. Beliau menguasai banyak bahasa. Selain bahasa Arab, Turki, dan Parsi, dikatakan bahawa beliau mengetahui loghat-loghat Asia Tenggara dan bahasa tempatan termasuk bahasa Syria dan Greek.

Penulisan Al-Farabi mencakupi setiap bidang ilmu. Idea beliau juga mempengaruhi daripada segi keintelektualan ke atas dunia Islam di Timur dan juga dunia Latin di Barat. Beliau pernah menghuraikan secara terperinci pandangan tokoh falsafah Aristotle dalam bidang Fizik Meteorologi dan Logik. Berdasarkan pemikiran intelektual itu, beliau diberi gelaran utama al-Mu’allim al-Thani (guru yang kedua).
Beliau digambarkan dengan seadil-adilnya sebagai tokoh yang kuat pegangan agamanya. Beliau seorang Muslim sejati yang hidup dan berfikir dalam sinaran ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah. Al-Farabi membentuk gagasan idea sebagai tindak balas intelektual kepada pemikiran Greek. Pengislaman sains dan falsafah Greek yang diusahakannya perlu mendapat perhatian yang wajar daripada kalangan sarjana Muslim hari ini.





Al-Ghazali



LATAR BELAKANG

Imam Al–Ghazzali atau nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad Al–Ghazzali dilahirkan pada tahun 450 hijrah bersamaan 1058 Masihi di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus, yang kini terletak di bahagian timur laut negara Iran, berdekatan dengan kota Mashhad, iaitu ibu kota wilayah Khurasan. Al – Ghazzali bebangsa Parsi. Beliau di gelar dengan beberapa gelaran seperti Hujjat al–islam (the proof of islam) dan Zayn al-Din (The Ornament of Religion). Al–Ghazzali berasal daripada keluarga yang berkedudukan sederhana dalam masyarakat yang menekankan aspek penghayatan ajaran islam. Ayahnya bekerja sebagai penenun kain dari bulu biri-biri. Hasil tenunan kainnya itu dibawa dari desa Ghazalah ke kota Tus untuk dijual di sana. Ayah Abu Hamid Al-Ghazali telah meninggal dunia ketika beliau berumur lebih kurang 6 tahun.
Al-Ghazzali telah berkahwin sebelum umurnya mencecah 20 tahun, dan dikurniakan 4 orang anak iaitu 3 perempuan dan seorang lelaki. Gelaran Abu Hamid yang terdapat di pangkal namanya adalah sempena nama anak lelakinya Hamid yang telah meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Pendidikan awal Al–Ghazzali adalah secara formal bermula di Kota Tus. Beliau memulakan pengajian di sebuah madrasah dalam kota Tus. Sebelum umurnya mencecah 15 tahun, beliau berhijrah pula ke Jurjan bagi menyambung pengajiannya dalam bidang al-fiqh dengan bimbingan al-Imam Abi Nasr al–Ismaili. Al-Ghazzali merupakan seorang tokoh unggul dalam bidang al-Tasawwuf, al-fiqh,ilm al- Kalam serta tokoh pemikir islam yang bersifat sederhana dalam displin logik. Beliau telah wafat pada tahun 505 hijrah bersamaan 1111 masihi pada usianya 55 tahun
Beliau sangat terkenal dengan pelbagai ilmu dalam bidang pengetahuan terutamanya falsafah akhlak. Pengertian akhlak bagi al-Ghazali bersesuaian dengan yang ditetapkan oleh syariat Islam. Maka itu pelbagai nama yang digunakan untuk akhlak antaranya sifat-sifat hati, rahsia-rahsia amal ibadat, agama dan budi pekerti yang baik.
Menurut al-Ghazali, dasar budi pekerti manusia dibahagikan kepada tiga sebab asas iaitu akal, hawa nafsu, dan marah. Memperbaiki budi pekerti ialah dengan cara memperseimbangkan ketiga-tiga dasar itu. Untuk membentuk peribadi yang baik, kadangkala terpaksa mengorbankan perkara yang baik pada pandangan manusia, sesuai dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia adalah baik untukmu, begitu juga boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal perkara itu tidak baik untukmu ( Surah Al-Baqarah: Ayat 216). Ukuran untuk menilai sesuatu itu sama ada baik atau buruk adalah berpandukan syariat sebagai ukuran yang tetap dan tidak berubah-ubah. Ini berbeza dari apa yang berlaku pada dunia Barat kerana yang menjadi ukuran ialah pendapat umum.
Dalam bidang pendidikan kanak-kanak pula, al-Ghazali memberikan peringatan bahawa hendaklah membentuk kanak-kanak kearah suatu matlamat, bukan membiarkan kanak-kanak memilih apa yang disukainya. Walaupun terdapat kecenderungan ahli pendidik pada zaman sekarang bahawa mereka lebih suka membiarkan kanak-kanak memilih sendiri bidang yang digemari dan yang hendak diceburinya. Menurut beliau, sekiranya membiarkan kanak-kanak memilih sendiri bidang yang hendak diceburinya, berkemungkinan berlakunya pemilihan yang tidak tepat dan membawa kepada perkara yang negatif. Dengan sebab itu beliau menekankan bimbingan kearah pemilihan itu sangat penting lantaran kanak-kanak sangat terhad pemikiran mereka.

Thursday, January 26, 2012

Barcelona 2 Real Madrid 2 (Barca win 4-3 on agg)

JOSE MOURINHO was fuming at the ref after Real Madrid controversially crashed out of the Spanish Cup last night.
In another explosive El Clasico, 10-man Real salvaged some pride by coming back from two down and within a whisker of a sensational win.

But Mourinho lashed out after Sergio Ramos had a goal correctly disallowed before the defender was rightly sent off for a flailing arm in the face of Barca's Sergio Busquets.

The Real boss said: "I won't speak about the ref.

"I heard my players in the dressing room say that it is impossible to win here. I already knew as I played here with Chelsea, Inter and Madrid in many competitions.

"I am not insinuating anything. I hope those who understand football better than me will see it."

Asked what he meant by impossible to win at the Nou Camp, Mourinho said: "I didn't say that. I said my players said that."

Pedro's strike and a Dani Alves screamer had put Barca two up at half-time and it seemed they would breeze through to the Copa del Rey semis as they had won 2-1 at the Bernabeu last week.

But after the restart, Madrid rallied.
Ramos nodded home but ref Fernando Teixeira ruled it out for a foul on Alves.

Mourinho's men were not fazed and strikes from Cristiano Ronaldo and sub Karim Benzema drew Madrid level with 19 minutes to go.

Questions about the Special One's future will continue after Madrid came here amid reports of a massive dressing-room bust-up involving the boss and some of his stars.

One of them, Spain keeper Iker Casillas, said afterwards: "I told the ref 'Why don't you go and celebrate with the Barcelona players?'"

SM-aku tgk game ni, rasanya Barcelona menang sbb diorg btul2 penuh dgn skill,teknikal bolasepak dan psikologi utk tarik perhatian ref :-)