INGATAN DAN LUPAAN
Ingatan adalah gambaran atau perwakilan pembelajaran
Kuantiti ingatan tidak sama dgn kuantiti pembelajaran
Lupaan adalah proses melenyapkan tingkah laku
Lupaan tidak dapat dikur atau diperhatikan secara langsung
Ingatan dan lupaan saling berkait dgn kadar songsang
Pengertian ingatan- proses mental yg menyimpan perkara-perkara yg telah dipelajari kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yg diperlukan
Ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dlam otaknya (Atan Long, 1968)
Ingatan adalah proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dlama otak kemudian mengeluarkannya apabila diperlukan
JENIS INGATAN
(Hilgard & Atkinson, 1979)
INGATAN JANGKA PENDEK
– Utk simpan maklmat beberapa saat saja sekadar cukup utk diproses
– Berada dlm ingatan beberapa saat saja
– Adalah aktif
– Boleh mengawal dan menyusun maklumat supaya mudah ingat kembali
INGATAN JANGKA PANJANG
– Utk penyimpanan kekal
– Sejauh mana boleh ingat kembali bergantung kepada penyusunan maklumat
– Bahan bermakna biasanya akan ingat kembali
– Kurang aktif
– Penyusunan maklumat berlaku
PROSES INGATAN
Rangsangan ------ingatan sensori (1/2 hingga 4 saat)------ingatan jangka pendek (15 hingga 30 saat)------ingatan jangka panjang (minit hingga tahun)
(MODEL ATKINSON DAN SHIFFRIN 1971)
FAKTOR PENGARUH INGATAN
Bahan pembelajaran
– Panjang bahan
– Kesukaran bahan
– Kedudukan bahan
– Bahan yang bermakna
Kaedah pembelajaran
– Space practice vs mass practice
– Over-learning
Peribadi
– Umur
– Jantina
– Motivasi
– Emosi
LUPAAN
Kegagalan kita utk mengingat kembali apa yg kita telah alami atau pelajari sama ada sementara waktu atau selama-lamanya
JENIS LUPAAN
Lupaan keusangan
– Lupaan yg disebabkan maklumat yg tersimpan dlam ingatan jangka panjang jarang digunakan
Lupaan gangguan
– Lupaan yg disebabkan oleh gangguan yg berlaku kpd maklumat yg tersimpan dlm ingatan jangka panjang
Lupaan terdesak
– Lupaan yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg mendesaknya melupakan maklumat yg tersimpan cth cuba lupa pengalaman pahit
FAKTOR PENGARUH LUPAAN
Tempoh masa cth masa yg diberi tidak mencukupi utk ingat
Gangguan retroaktif dan proaktif
– Retroaktif : bahan baru ganggu bahan lama
– Proaktif :bahan lama ganggu bahan baru
Kebimbangan / tekanan
Keusangan : lama tidak gunakan bahan yg diingat
Minat : bahan yg kurang diminati mudah lupa
CARA TINGKAT INGATAN
– Guna bahan pembelajaran yg bermakna
– Guna panjang bahan yg berpatutan
– Ajar secara menarik utk tangkap perhatian
– Rancang ikut kesukaran yg berpatutan
– Gunakan kaedah mnemonik
– Tonjolkan isi pelajaran penting
– Cukup ulangkaji
– Elakkan gangguan proaktif dan retroaktif
CARA MENINGKATKAN INGATAN DLM P&P
Menyusun isi pelajaran dgn rapi agar mudah diingat
Mengaitkan bahan baru dgn lama
Merancang bahan yg bermakna
Memeringkatkan isi pelajaran
Membantu pelajar mengulangkaji bahan pelajaran
No comments:
Post a Comment