Total Pageviews

Tuesday, March 31, 2009

Kelas Ganti KH Minor (En Nasir Hasan)

Untuk Makluman Semua Pelajar Kajian Sosial KPLI 2009 IPGM PERLIS
Kelas ganti KH Minor akan diadakan pada hari Khamis(2 April 2009) bertempat di Bengkel Pertukangan IPGM Perlis Jam 3.30 Petang.
Harap Maklum,

Best Regards,
Zulkaromi Abd Rahman
Setiausaha Kelas Pengajian Sosial Bagi KH Minor.

Anak Kecil Main Api

Wahai kawan-kawan yang dikasihi..
Renungilah lirik lagu Anak Kecil Main Api..
Salam..

pedagogi pendidikan

DEFINISI
• Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
• Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
• Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
• Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

KEISTIMEWAAN TEKNIK SIMULASI
• Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
• Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
• Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
• Dapat mewujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran
• Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah. Masalah-masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya dan sebagainya. Tegasnya, dalam Teknik Simulasi ini, murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang ditimbulkan.

SOSIODRAMA

Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan sebuah cerita yang menggambarkan sesuatu situasi yang berkonflik dan mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat. Lakonan jenis ini merupakan sebuah cerita yang lengkap dan memerlukan skrip lakonan yang disediakan terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada murid-murid (yang dipilih untuk berlakon) supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Setiap mereka memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip drama. Setelah selesai berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-watak lakonan dan seterusnya membuat kesimpulan.




MAIN PERANAN

Main peranan lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip dan tempoh masa berlakon adalah pendek iaitu, lima hingga ke enam minit. Lakonan jenis ini biasanya berdasarkan kepada situasi atau masalah yang direka dan ditimbulkan oleh guru seperti masalah disiplin sekolah dan sebagainya. Pada lazimnya, murid-murid (yang berlakon) akan membayangkan situasi tersebut dan melakonkannya dengan spontan. Di samping itu, murid-murid juga dikehendaki mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan melalui cara lakonan tersebut.



Untuk menggunakan Teknik Simulasi dalam bilik darjah dengan berkesan, guru seharusnya mengetahui, memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut:
1. Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.
2. Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas tentang masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi Simulasi hendaklah diberikan.
3. Pilih murid-murid yang telah mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.
4. Bagi Sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada murid-murid yang dipilih untuk berlakon terlebih dahulu.
5. Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng, baju dan sebagainya.
6. Semasa sesi Simulasi, pastikan murid-murid yang lain yang menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu.
7. Selepas sesi Simulasi, guru hendaklah meminta murid-murid memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.
8. Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir waktu pelajaran.



Langkah-langkah Pelaksanaan Teknik Simulasi boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah mengajar dalam sesuatu waktu pelajaran seperti berikut:
• Guru menyediakan satu situasi bermasalah.serta menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah, peranan watak dan tempoh lakonan.
• Guru memilih murid-murid menjadi pelakon.
• Murid-murid memainkan peranan masing-masing berdasarkan watak yang diberikan di samping menunjukkan cara penyelesaiannya.
• Guru berbincang dengan murid-murid tentang prestasi para pelakon dan mencari cara penyelesaian masalah.
• Guru membimbing murid-murid untuk membuat rumusan
• Murid-murid mencatat pendapat-pendapat yang telah dipersetujui

Ulasan dan cadangan
Teknik Simulasi ini, antaranya ialah membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang ditimbulkan. Teknik ini juga mempunyai kelebihannya kerana melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.Ia juga memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Ia juga dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran

KESIMPULAN
Penggunaan teknik adalah penting bagi seseorang guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, penggunaan teknik-teknik tertentu (seperti yang diterangkan di atas) dapat membantu melancarkan pengajaran guru dan murid dapat mengikuti dan memahami apa yang telah diajarkan kepada mereka. Tegasnya, kedua-dua belah pihak mendapat faedah darinya. Walau bagaimanapun, pemilihan teknik itu haruslah disesuaikan dengan peringkat umur, kecerdasan dan kemampuan murid serta disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekali lagi ditegaskan bahawa tidak terdapat sebarang teknik yang dianggap terbaik dan sesuai untuk diaplikasikan dalam semua keadaan atau semua situasi pengajaran. Terpulanglah kepada guru untuk memilih teknik manakah yang patut dan sesuai untuk digunakan dalam proses pengajarannya.

Bahagian b:Apa itu pembelajaran masteri?


• Suatu Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya

• Pelajar diperlukan untuk menguasai pembelajaran sehingga ke satu tahap di mana mereka dapat meneruskan pembelajaran mereka yang baru.

• Di dalam suasana pembelajaran masteri ini cabaran terletak kepada menyediakan masa yang cukup dan mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama

• Pelopor pembelajaran masteri (melalui masa ) ialah John B. Carroll yang memperkenalkan konsep Learning Rate=f ( time spent learning / time need to learn) , dan dikembangkan oleh Bloom.
• Masteri bermaksud: mencapai kemahiran seperti dalam objektif pembelajaran dengan memperoleh skor 80% ke atas dalam penilaian/ ujian yang dilakukan oleh guru.

• Tanggungjawab sepenuhnya terletak pada guru dan bukan kepada keupayaan pelajar

• Menentukan dengan jelas apa yang akan dipelajari dan bagaimana ia akan dinilai, membenarkan pelajar belajar mengikut keupayaan mereka, serta menyediakan pemulihan @ tindak balas sesuai





PRINSIP ASAS PM( PEMBELAJARAN MASTERI)












Prosedur Pembelajaran Masteri













































Peranan, ciri dan tugas guru dalam pembelajaran masteri

1. Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus:
a. menyayangi semua pelajar
b. yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti
c. mencintai mata pelajaan yang diajar
d. merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran
e. merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran
f. bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah
2. Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p.
3. Menentukan hasil pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dalam bentuk tingkah laku yg boleh dilihat dan diukur serta mengikut aras pembelajaran.
4. Menentukan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kemudahan dan keupayaan murid yang berbeza-beza.
5. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut kemudahan yang sedia ada serta masa yang diperuntukan.
6. Membuat penilaian dengan mengesan pencapaian murid serta mengenal pasti murid yang cerdas,sederhana dan lemah
7. Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran serta menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan dan juga menentukan keberkesanan kaedah p&p


Konsep pendidikan pemulihan
• Ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas
• Merupakan satu rancangan khas untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran asas itu
• Program pemulihan ini hendaklah disediakan untuk pelajar yang lemah supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun ke tempat yang tidak dapat dipulihkan.








Penilaian Berterusan (PB)-continuous assessment
 bersifat formatif - mengutamakan kemajuan setiap pelajar dari satu peringkat ke satu peringkat
 dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa.
 memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan pembelajaran serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun
 dapat mengenal pasti kelemahan
 memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.
Jenis Penilaian
1. Penilaian formatif
• Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai
• dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
2. Penilaian sumatif
• Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang pelajar dengan pelajar lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan.
Kelebihan pembelajaran masteri
• Pelajar mempunyai kemahiran-kemahiran asas untuk meneruskan pembelajaran kepada unit-unit yang seterusnya
• Pembelajaran ini juga memerlukan guru menyatakan objektif sebelum mereka bentuk sebarang aktiviti.
• Pelaksanaan guru untuk menganalisis akan menjadikan guru lebih bersedia untuk mengajarkan unit- unit pembelajaran serta lebih faham akan pengajaran yang akan diajar.
• Guru juga dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan pelajarnya di dalam kelas.
• Pembelajaran ini juga mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar di samping mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan.
• Dapat membantu pelajar meneruskan pelajaran dalm pembelajaran serta mengurangkan masalah keciciran.
Kelemahan pembelajaran masteri
• Guru akan memerlukan pelbagai bahan untuk pemulihan murid
• Pembelajaran juga harus mempunyai beberapa ujian atau penilaian bagi setiap unit dan ini menyukarkan tugas guru.
• Guru perlu mempunyai masa yang banyak untuk mempersiapkan pengajaran dan juga menjalankan aktiviti pemulihan serta pengayaan.
• Pelajar yang telah menguasai pembelajaran terpaksa menunggu pembelajaran rakan-rakan mereka yang lemah kerana bukan semua pelajar akan maju pada keupayaan dan tahap yang sama.
Bagaimana mengaplikasikan pembelajaran masteri dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah??
Puan Hidayah mengajar mata pelajaran sejarah di Sek. Men. Sultanah Asma, Kedah Darul Aman.beliau mengaplikasikan pembelajaran masteri dalam pengajarannya dengan membahagikan tajuk- tajuk yang besar kepada bab- bab atau unit-unit yang kecil yang mempunyai objektifnya yang tersendiri. Contohnya Puan Hidayah membahagikan mata pelajaran Sejarah Malaysia kepada bahagian- bahagian yang kecil iaitu bab 1, institusi pemerintahan, sosial dan ekonomi masyarakat di tanah melayu. Bab 2, perluasan kuasa dan pengaruh asing di Tanah Melayu, dan begitu seterusnya. Dalam bab- bab ini juga, beliau membahagikan kepada unit- unit kecil untuk memnudahkan pelajar. Pelajar mesti menunjukkan penguasaan paling kurang 80% sebelum bergerak kepada pengajaran yang seterusnya. Puan Hidayah mengetahui kemampuan pelajar beliau dengan mengadakan ujian secara formatif iaitu penilaian secara berterusan dalam proses P&P serta penilaian secara sumatif. Pelajar yang lemah atau masih belum menguasai bab- bab yang diajar, akan menerima pemulihan melalui tutorial, pengendalian rakan sebaya, perbincangan kumpulan serta kerja- kerja rumah tambahan serta diberikan masa kepada pelajar untuk menguasai P&P.
Ulasan tentang pembelajaran masteri
Pembelajaran ini meletakkan tanggungjawab sepenuhnya pada guru dan bukan kepada keupayaan pelajar. Guru terpaksa menentukan dengan jelas apa yang akan dipelajari dan bagaimana ia akan dinilai, membenarkan pelajar belajar mengikut keupayaan mereka, serta menyediakan pemulihan atau tindak balas sesuai sesuai dengan kemampuan seseorang pelajar. Pembelajaran ini telah mendorong kepada satu dapatan yang positif dan ini dapat mendorong kepada pembelajaran yang cemerlang.
Apabila penilaian objektif digunakan, pengetahuan terdahulu adalah peramal yang terbaik bagi pembelajaran. Pembelajaran ini juga menekankan bahawa masa yang cukup diperlukan dan menggunakan srategi pembelajaran yang sesuai supaya semua pelajar dapat mencapai aras pembelajaran yang sama. Selain itu, pembelajaran ini. Pembelajaran ini juga mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tertentu. Antaranya ialah pelajar mempunyai kemahiran-kemahiran asas untuk meneruskan pembelajaran kepada unit-unit yang seterusnya.
Guru juga dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan pelajarnya di dalam kelas. Pembelajaran ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar di samping mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan dan mengurangkan masalah keciciran di kalangan pelajar.
Pembelajaran ini juga dapat membolehkan guru membuat penilaian dengan mengesan pencapaian murid serta mengenal pasti murid yang cerdas,sederhana dan lemah serta mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran serta menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan dan juga menentukan keberkesanan kaedah p&p.

CADANGAN
• Pembelajaran masteri ini amat memerlukan komitmen guru untuk memastikan pelajar mereka memahami dan menguasai pembelajaran atau unit yang diajar sebelum melangkah kepada unit yang baru. Oleh itu, guru-guru yang terlibat dalam proses pemulihan dan pengayaan murid ini perlu diberi sokongan dalam bentuk insentif atau bantuan kewangan untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran mereka ini benar- benar berkesan.
• Guru juga boleh meminta pelajar yang telah menguasai unit- unit yang diajar, mengajar atau menerangkan kepada rakan-rakan yang belum menguasai pembelajaran. Namun, berdasarkan konsep serta kaedah yang digunakan, pembelajaran masteri ini sesuai diamalkan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
• Guru- guru yang menjalankan aktiviti pemulihan serta pengayaan hendaklah diberi masa yang cukup untuk melaksanakan pengajaran mereka. Hal ini kerana, kebanyakan guru tidak mengaplikasikan pembelajaran ini di dalam kelas adalah disebabkan oleh kurangnya masa yang diberikan di samping terpaksa mematuhi dan menghabiskan silibus yang yang telah ditetapkan.





Bibliografi
Kamarudin, H.H.(2004). Pedagogi Asas Pendidikan, Kuala Lumpur. Kayazano Enterprise
Mok Soon Sang,(1998).Pedagogi 3, Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan, dan Pendidikan Inklusif.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
http://www.perrylake.k12.oh.us/402_LearnFacil/Index_links/what_is_mastery_learning.
http://xnet.rrc.mb.ca/glenh/mastery_learning.htm
http://www.funderstanding.com/mastery_learning.cfm
http://allen.warren.net/ml.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Mastery_learning
http://www.teachersrock.net/masteri3.htm
http://mahirppb.tripod.com/individu.html
http://219.94.96.174/sainsmath2002/pedagogi%20ubahsuai/PembelajaranMasteri.pdf
http://odlpc.oum.edu.my/v2/tutorkits/HBEF2103%20Psikologi%20Pendidikan/HBEF2103%20(T3)%20Psikologi%20Pendidikan.ppt

Kemahiran Belajar

1.Kemahiran belajar yang harus dikembangkan di kalangan pelajar untuk
pembelajaran masteri.
2. Rasional Kemahiran Belajar
Perlu Diperkembangkan
2.1 Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumr hidup yang perlu dikuasai
oleh pelajar.
2.2 Pada akhirnya pelajar perlu belajar atau mengulangkaji dengan sendiri untuk
menguasai apa yang telah diajar
2.3 Oleh yang demikian, pelajar harus belajar dan menguasai kemahiran
belajar berikut :
i. Kemahiran dalam proses belajar
ii. Kemahiran menguruskan masa
iii. Kemahiran perpustakaan
iv. Kemahiran memperoleh maklumat
v. Kemahiran membaca
vi. Kemahiran membuat nota
vii. Kemahiran memotivasi
viii. Kemahiran berfikir
ix. Kemahiran mengingat
x. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan

3. Kemahiran-kemahiran Dalam Proses Belajar Yang Perlu Dikembangkan?

3.1 Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar:
i. Menerima dan mendaftar data atau maklumat:
a. Pelajar anda boleh menerima dan 'mendaftar' data atau meklumat di mindanya
dengan membaca, mendengar atau membuat sesuatu.
b. Pembelajaran lebih berkesan sekiranya pelajar menggunakan ketiga-tiga
cara itu.
ii. Memahami apa yang diterima:
a. Pelajar harus memahami data atau maklumat yang diterima kerana
pemahamannya akan membantu proses meningkat dan proses mengaplikasi
b. Pemahaman bermakna pelajar anda boleh menerangkan semula data atau
maklumat dan boleh juga berfikir secara kritis dan kreatif tentang maklumat itu.
iii. Mengingat apa yang telah dipelajari:
a. Pelajar harus mengingat apa yang telah dipelajari
b. Kemahiran mengingat akan dihuraikan di bawah dan pada asasnya prinsip
dalam proses mengingat ialah ulangan.
iv. Mengaplikasi apa yang telah diperljari
a. Pelajar anda harus boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke
dalam situasi yang baru.
b. Proses mengaplikasi melibatkan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang

3.2 Dalam setiap langkah belajar tersebut di atas, pelajar harus
i. memberi penuh tumpuan, tekun dan tabah
ii. memotivasi diri
iii. mempunyai kemahiran berkomunikasi
iv. berfikir secara kritis dan kreatif
v. menggunakan kemahiran belajar lain yang akan dihuraikan di bawah.

3.3 Dalam pembelajaran masteri, pelajar harus boleh mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan dalam proses belajar tersebut di atas dan mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahannya.

4. Kemahiran Mengurus Masa Yang Perlu Dikembangkan.

4.1 Pembelajaran masteri bergantung kepada masa yang diperlukan untuk
belajar dan menguasai sesuatu.
4.2 Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu
berbanding dengan pelajar cerdas.
4.3 Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah.
4.4 Jadual waktu belajar bolehlah mengandungi waktu untuk belajar setiap mata
pelajaran, rehat, makan, bermain dan menonton TV.
4.5 Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa
belajar untuk mata pelajaran itu.
4.6 Kemahiran Perpustakaan Yang Perlu Dikembangkan

5.1 Pelajar di Tahap Dua sekolah rendah dan ke atas harus diajar kemahiran
perpustakaan.
5.2 Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang
dikehendaki di perpustakaan sekolah atau perpustakaan negeri.
5.3 Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan
rujukan dan peraturan perpustakaan, kemahiran dalam merujuk melalui kad
katelog atau komputer, dan mendapat bahan rujukan daripada rak-rak.
5.4 Guru boleh mendapatkan bantuan guru perpustakaan untuk melatih pelajar anda.

6. Kemahiran Memperoleh Maklumat Yang Perlu Dikembangkan?
6.1 Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, anda harus melatih pelajar menjadi
pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau menyelesaikan
sesuatu masalah dengan sendiri.
6.2 Dalam kemahiran memperoleh maklumat, pelajar harus boleh:
i. menentu atau mempastikan maklumat yang dikehendaki:
Ini dapat dilakukan dengan berfikir sendiri, pembelajaran koperatif, sumbang
saran atau bertanya.
ii. mengumpulkan maklumat itu:
Ini dapat dilakukan melalui kemahiran membaca, bertanya atau menggunakan
multimedia atau internet.
iii. menganalisa, menilai dan menyusun maklumat iut:
Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.
iv. menyampaikan maklumat itu secara lisan atau bertulis:
Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.

7. Kemahiran Membaca Yang Perlu Dikembangkan
7.1 Pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana kemahiran
itu merupakan kemahiran sseumur hidup.
7.2 Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat yang
dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting.
7.3 Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima lankah berikut (SQ3R):
i. Skim: Baca sepintas lalu. Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik
untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat yang
dikehendaki.
ii. Question: Menyoal
Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki.
iii. Read: Membaca
Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah
dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama.
iv. Recite: Menyebut kembali
Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan
v. Review: Menyemak
Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.

8. Kemahiran Membuat Nota Yang Perlu Dikembangkan
8.1 Selalunya pelajar diminta menyalin nota yang diberi oleh guru tetapi
mereka tidak diajar bagaimana membuat nota.
8.2 Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran membuat nota kerana kemahiran
ini merupakan kemahiran seumur hidup dan penting untuk menguasai sesuatu
maklumat.
8.3 Kemahiran membuat nota mempastikan pelajar betul-betul memahami sesuatu
maklumat dan ini dapat membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta
mengingat maklumat itu.
8.4 Kemahiran membuat nota haruslah dibezakan daripada menyalinatau mencatat
nota.
8.5 Menyalin nota bermakna pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh
guru, atau yang dibuat oleh pelajar lain, atau yang terdapat dalam buku,
majalah dan sebagainya.
8.6 Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting
yang terdapat dalam ceramah, syarahan, buku, atau sumber lain.
8.7 Membuat nota bermakna pelajar membuat nota ringkas sendiri dalam
pelbagai bentuk yang dihuraikan di bawah.
8.8 Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah:
i. Memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber.
ii. Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya.
iii. Menulis atau merekod dalam komputer idea atau maklumat penting secara
ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan menggunakan pelbagai
warna jika perlu.
8.9 Semasa menulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:
i. Perkataan atau frasa yang penting
ii. Singkatan: Misalnya: dgn = dengan, spt = seperti, U.K.=United Kingdom
iii. Simbol: Misalnya: * = penting, รน = jadi
iv. Nemoniks atau akronim: Misalnya: BaFIA = Baca, Faham, Ingat, Aplikasi
v. Lukisan atau lakaran
8.10 Pelajar boleh menggunakan mana-mana bentuk berikut untuk membuat nota:
i. Nota objektif: seperti yang ditulis dalam panduan ini tetapi lebih ringkas
ii. Jadual
iii. Carta aliran
iv. Gambar rajah Venn
v. Peta konsep dalam pelbagai bentuk seperti kelompok, awan dan kaitan,
pokok dan ranting, tulang ikan, kipas, dan sotong.

9. Kemahiran Mengingat Yang Perlu Dikembangkan
9.1 Walaupun pelajar sudah memahami apa yang telah diajar, ini tidak
bermakna mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang.
9.2 Jadi, guru harus menentukan pelajar mempelajari kemahiran mengingat.
9.3 Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita
ulangkaji lebih lama ingatan
9.4 Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji
yang berbeza.
9.5 Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar termasuk:
i. Menyedia dan mengulang kaji peta konsep atau peta minda:
Berbagai-bagai peta konsep atau minda telah diterangkan.
ii. Menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar rajah Venn.
iii. Menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol, nemoniks, lukisan atau
lakaran.
iv. Membuat bayangan atau visual:
a. Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar, gambar rajah,
peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan.
b. Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu dengan lebih kerap.
v. Menyebut berulang kali:
a. Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu
ingatan.
b. Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan
perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga
digunakandgn teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta aliran dan
sebagainya.
vi. Menulis atau melakar semula:
a. Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta
konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat.
b. Pelajar anda perlu dilatih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang
telah disediakan.
vii. melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen:
a. sekiranya pelajar melakukan sesuatu gerakan, kerja amali atau eksperimen,
ingatan mereka lebih lama.
b. Misalnya, pelajar yang melakukankerja amali atau eksperimen berkaitan dengan
fotosintesis, ingatan mereka lebih lama
viii. membuat kaitan:
a. membuatan kaitan dengan cepat dan meluas akan membantu daya mengingat
b. nombor, perkataan, data, fakta atau meklumat boleh dikaitkan dengan
akronim, nemoniks atau perkataan berirama, dengan bayangan atau visual
seperti gambar, peta konsep, atau carta.
c. misalnya, untuk mengingat kembali proses belajar kita boleh mengaitkannya
dengan akronim 'BaFIA' iaitu baca, faham, ingat, dan aplikasi.
9.6 Pelajar harus menggunakan mana-mana teknik mengingat yang tersebut di
atas secara
berasingan atau kombinasi.
9.7 Yang penting ialah pelajar harus mengulang kaji berkali-kali.

10. Kemahiran Menjawab Soalan Pepeperiksaan Yang Perlu Dikembangkan
10.1 Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar anda
mendapat markah yang lebih tinggi.
10.2 Pelajar harus mengkaji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun
yang lepas untuk mengetahui:
i. Format dan peraturan bagi peperiksaan mata pelajaran itu termasuk format dan
peraturan menjawab soalan atau mengisi kertas jawapan.
ii. Bilangan, bentuk dan susunan soalan-soalan
iii. Masa untuk peperiksaan mata pelajaran itu.
iv. Fakta, konsep, kemahrian berfikir dan kemahiran lain yang selalu diuji.
10.3 Pelajar seharusnya berlatih sepanjang tahun dalam teknik menjawab soalan
peperiksaan supaya mereka tahu bagaimana serta merasa yakin untuk
menjawab soalan peperiksaan awam.
10.4 Dalam proses berlatih:
Pelajari harus mengetahui cara menjawab soalan peperiksaan dengan
contoh-contoh yang sesuai.
10.5 Soalan peperiksaan untuk sesuatu mata pelajaran mungkin berbentuk objektif,
subjektif atau kedua-duanya.
10.6 Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif, guru harus
menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang diberi
v. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu.
vii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya.
viii. pilih jawapan daripada pilihan beraneka
ix. tandakan jawapan dalam kertas jawapan dengan cara yang betul
x. semak semua jawapan
10.7 Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk subjektif atau esei guru harus
menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab semua soalan dalam masa yang diperuntukkan.
v. pilih soalan-soalan yang mudah dahulu.
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu
vii. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
viii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya
ix. rancang jawapan (3-5 min) sebelum menjawab.
x. tulis jawapan dengan laju serta boleh dibaca
xi. semak semua jawapan.

11. Rumusan
11.1 Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan kemahiran itu
adalah penting untuk pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar
oleh anda.
11.2 Guru harus melatih pelajar dalam demahiran belajar berikut:
i. Kemahiran dalam proses belajar:
Ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi
ii. Kemahiran menguruskan masa:
Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar.
iii. Kemahiran perpustakaan:
Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki.
iv. Kemahiran meperoleh maklumat:
Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul,membuat analisa, dan
menyampaikan maklumat.
v. Kemahiran membaca:
SQ3R (Skim, Question, Read, Recite, Review): Baca sepintas lalu, menyoal,
membaca, menyebut semula, menyemak.
vi. Kemahiran membuat nota:
Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting,singkatan, simbol,nemoniks,
akronim, lukisan atau lakaran, dan pelbagai bentuk seperti
objektif,jadual, carta aliran, gambar rajah Venn, peta konsep atau minda.
vii. Kemiharan memotivasi:
Dengan cara ekstrinsik di mana pelajar dirangsang oleh anda dengan ganjaran atau
hukumandancara intrinsik di mana pelajar merangsang diri dengan
ganjaran atau hukum.
viii. Kemahiran mengingat:
Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali, membuat gerakan,
kerja
amali, eksperimen dan dengan membuat kaitan atau bayangan.
ix. Kemahran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.


Teknik Belajar Cara Sistem PQRST

Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha
Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every
Class". Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini.

(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )

Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam
sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka
dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.


(b) Question ( Menyoal )

Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi
penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.


(c) Read ( Membaca )

Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat
menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik.

(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )

Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu
gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu
semula tanpa melihat nota yang telah anda catatkan.


(e) Test ( Ujian )

Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya,
anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu
melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan
teknik soal jawab dengan bantuan rakan.
Bahan

Konsep Tingkah Laku Bermasalah Jenis Disruptif

Pendahuluan
Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.
Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya.
Tingkahlaku bermasalah

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.
Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.
Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.

Tingkahlaku disruptif

Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengenalan, tingkah laku bermasalah diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku.
Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain.
Manakala tingkah laku distruptif pula bukan sahaja membahayakan diri sahaja malah juga membahayakan pelajar lain, kerana pelajar yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikir akibatnya. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Murid yang mempunyai tingkah laku desruptif sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. membuat bising iaitu tingkah laku yang mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila keadaan murid keperluan khas ini tidak kondusif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.Selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya.
Kebiasaannya golongan murid ini memang gemar mengganggu pelajar lain dengan membuat bising atau melakukan perlakuan agresif dari segi perilaku dan lisan terutamanya apabila mereka tidak dapat memahami sesuatu tugasan yang diberi. Murid yang tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain. Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain . Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid hiperaktif ini merupakan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Murid aliran perdana juga ada yang hiperaktif seperti ini. Murid ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan menganggu murid lain.
Murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang berdisiplin ketika dirumah ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja. Murid ini berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya memberontak ketika di sekolah. Bagi murid PKBP pula, Murid ini dikenali sebagai ‘Hiperaktf-impulsf’ kerana bagi muird keperluan khas jenias ini , petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah pergerakan sangat tinggi dan impulsive iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.
Daripada huraian yang telah dijelaskan berkenaan tingkah laku bermasalah negatif ini, pemerhatian yang telah dibuat mendapati murid yang mengalami simptom ini pada kebiasaanya memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Mereka juga lemah dan lambat untuk memahami setiap pelajaran yang disampaikan oleh guru serta tidak mampu menyelesaikan tugasan atau aktiviti yang diberikan guru dengan sempurna. Dalam pada itu, golongan yang pasif ini juga seringkali menjadi mangsa buli dan ditindas oleh pelajar lain kerana kekurangan yang ada dalam diri mereka. Langkah mengatasi yang telah dijalankan oleh guru untuk mengelakkan masalah ini daripada menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan mengasingkan pelajar ini dan menghimpunkan mereka dalam satu kelompok yang digelar sebagai pelajar pemulihan.
B. KAEDAH PENGAJARAN UNTUK MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR BERMASALAH TERSEBUT.
Cikgu Halimah harus menerima hakikat bahawa punca utama yang menyebabkan tingkah laku disruptif ialah cara penyampaiannya semasa pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik. Ditambah pula oleh set induksi yang lemah menyebabkan murid berasa terlalu sukar untuk memahami keseluruhan aktiviti di dalam kelas. Cikgu Halimah harus menggunakan pelbagai teknik mengajar termasuklah penggunaan alat bantu mengajar yang menarik perhatian pelajar. Mok Soon Sang (2006), kaedah mengajar merujuk kepada satu siri tindakan guru yang bersistematik dan berlandaskan kepada satu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam masa jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Manakala, teknik mengajar boleh diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Belajar Sambil Bermain.
Cikgu Halimah boleh menggunakan kaedah pengajaran Belajar Sambil Bermain bagi mata pelajaran Sains tahun 5 Bestari. Ia adalah satu teknik dan kaedah mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal. Secara tidak langsung murid yang mempunyai tingkah laku disruptif berminat untuk belajar bersama-sama tanpa menganggu murid yang lain. Contohnya Cikgu Halimah mengajar di bawah tajuk Menyiasat Alam Kehidupan iaitu Menerangkan Kemandirian Spesis Haiwan. Cikgu Halimah perlu menyediakan cantuman gambar haiwan yang haiwan yang bertelur dan melahirkan anak. Cantuman gambar tersebut perlu disesuaikan dengan jenis haiwan berkenaan seperti burung, arnab, angsa, lembu, ikan paus, ikan guppy dan penguin. Murid-murid kelas 5 Bestari akan cuba memadankan haiwan dan kumpulan jenisnya. Secara tidak langsung aktiviti permainan ini memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan potensi intelek dan sosial di samping mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru diperolehi.


Main Peranan
Cikgu Halimah juga boleh menggunakan kaedah Main Peranan dalam aktiviti di dalam kelas 5 Bestari. Ia merupakan satu lakonan oleh sekumpulan murid di hadapan kelas tanpa mempunyai skrip. Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif ini perlu diarahkan menjadi pelakon. Sudah tentu mereka akan rasa seronok diberi peluang untuk beraksi di hadapan muri-murid lain. Contohnya Cikgu Halimah mengajar di bawah tajuk Menyiasat Alam Kehidupan iaitu Menghayati Kepentingan Hubungan antara Hidupan Dalam Siratan Makanan. Murid boleh melakonkan watak binatang dan tumbuhan dalam sistem siratan makanan. Murid perlu melakonkan watak tumbuhan berdaun, belalang, arnab, burung kecil dan helang, Setiap haiwan mempunyai makanan yang tersendiri dan saling memerlukan dalam sistem siratan makanan. Lakonan sekitar lima hingga tujuh minit sahaja. Di akhir lakonan Cikgu Halimah akan berbincang dengan murid-murid mengenai prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah. Cikgu Halimah perlu membimbing murid-murid membuat rumusan betapa pentingnya sistem siratan makanan terhadap haiwan dan tumbuhan yang saling bergantungan antara satu sama lain.
Kaedah dan teknik pengajaran Tematik
Cikgu Halimah perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran Tematik. Mok Soon Sang (2006), tema ini boleh diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama yang dijadikan sesuatu pembicaraan atau kajian. Contohnya bagi mata pelajaran Sains tahun lima iaitu tajuk Cahaya. Strategi pengajaran tematik juga berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara kumpulan, khasnya kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan. Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif akan dipecahkan. Cikgu Halimah akan membentuk kumpulan yang pelbagai kebolehan. Seterusnya tema yang sama akan diberi kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan berbincang sesama sendiri mengenai tema Cahaya.. Cikgu Halimah akan memantau setiap kumpulan. Di akhir perbincangan setiap kumpulan akan menghantar wakil ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan.
Kaedah dan Teknik Pemudahcaraan
Cikgu Halimah perlu menggunakan kaedah dan teknik pemudahcaraan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini menumpukan kepada kemahiran Cikgu Halimah sendiri untuk memotivasikan murid-murid, membimbing menggalakan mereka aktif dalam proses pembelajaran tanpa sebarang gangguan atau hentian. Teknik Penyoalan perlu dilakukan terutamanya di dalam set induksi. Cikgu Halimah mesti menyoal murid yang mempunyai tingkah laku disruptif berselang seli dengan murid lain. Secara tidak langsung murid dapat mengingati ilmu pengetahuan yang lepas yang berkaitan contohnya tajuk berkaiatan Tenaga. Di peringkat perkembangan, soalan demi soalan dikemukakan untuk membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Di peringkat penutup, soalan ditanya untuk menilai pencapaian objektif.
Tunjuk Cara (Demonstrasi)
Cikgu Halimah mesti menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan demonstrasi di hadapan murid. Di dalam mata pelajaran Sains tajuk Pepejal, Cecair dan Gas boleh dilakukan demonstrasi. Alatan radas yang bersesuaian boleh digunakan. Murid mesti diberi bimbingan apa yang perlu diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya nanti. Semasa berdemonstrasi, Cikgu Halimah perlu menerangkan sekali lagi jika murid masih ragu-ragu. Teknik penyoalan tentang sifat ketiga-tiga bahan ini perlu dibuat. Di sini semua pelajar akan memberi tumpuan kerana teknik tunjuk cara amat diminati terutamanya oleh murid disruptif. Selepas demonstrasi, perbincangan hendaklah dilakukan. Murid-murid dapat mengetahui tujuan demonstrasi dan membuat rumusan dengan cepat. Aktiviti pengukuhan perlu dilakukan dan murid diminta mencatitikan di dalam nota.

TEKNIK-TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU
Masalah tingkah laku adalah sebagai perlakuan yang di manifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa yang lama yang mana ianya akan memberikan kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan ini boleh menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Guru boleh menggunakan banyak teknik-teknik untuk memodifikasikan tingkah laku murid-muridnya.
Menurut Dr. Ragbir Kaur, guru-guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan tingkah laku bermasalah dengan membuat pemantauan dan penilaian terhadap tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjahnya (Dr.Ragbir Kaur, Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk Kpli,2008). Guru juga mesti menyimpan rekod salah laku murid-muridnya seperti bila ia berlaku, dan bagaimana ia berlaku. Menurut Dr. Ragbir lagi, proses merekod ini amat penting dalam teknik memodifikasikan tingkah laku.
Antara teknik-teknik yang sesuai digunakan untuk pelaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah ialah :




PENEGUHAN
Terdapat dua jenis teknik peneguhan iaitu Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif.


Peneguhan Positif
Peneguhan positif ialah satu proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki, mengubah tingkah laku murid-muridnya.
Menurut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif, sebagaimana yang disebut oleh Thorndike sebagai sesuatu yang memuaskan, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah. Peneguhan positif di sini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorongkan individu berulang-ulang gerak balas responden tersebut.
Terdapat dua jenis ganjaran/peneguhan positif iaitu:
(a) Ganjaran primer ( susu, makanan, gula-gula )
(b) Ganjaran Terlazim ( bintang, token, markah tinggi, penerimaan sosial, sentuhan, perkataan ( lisan dan bertulis ), permainan dan aktiviti, ekspresi dan wajah guru ( muka atau badan ).
Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan ( Mok Soon Sang,2006 ) seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkahlaku operan itu berlaku. Contoh yang dibuat oleh Mok Soon Sang ialah:
GURU :’Apakah nombor bercampur Rahman?’
RAHMAN:’Nombor bercampur terdiri daripada nombor dan pecahan’
GURU :’Bagus !’ (pujian)
Selain daripada aktiviti diatas, terdapat pelbagai lagi aktiviti yang boleh dibuat oleh guru untuk memberi peneguhan positif kepada murid, antaranya ialah :
(a) Murid disuruh untuk menjadi pembantu guru
(b) Menjaga binatang peliharaan didalam bilik darjah
(c) 5-10 minit aktiviti bebas (murid boleh membuat apa sahaja aktiviti yang mereka suka)
(d) Menulis satu nota pujian daripada guru kepada ibu bapa murid
(e) Murid diberikan masa untuk pergi ke perpustakaan
(f) Murid diberi peluang untuk menjadi ketua aktiviti kumpulan
(g) Murid dapat mendengar satu cerita yang dirakam oleh guru
Peneguhan Negatif
Jika teknik peneguhan positif tidak berkesan, maka guru perlu menggunakan peneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid seperti denda, memarahi murid, atau menyuruh mereka menjalani ‘time out’. Peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Contohnya, menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya dapat meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan.
Selain daripada itu, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya yang kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai. Contohnya :
GURU : ‘Apakah pecahan setara, Ali ?’
ALI : (Tidak Menjawab)
GURU : ‘Ali mungkin sudah lupa bercakap’.
Peneguhan tersebut yang digunakan tidak akan mengubah sikap Ali. Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan.





Cadangan Teknik-teknik Pengurusan Modifikasi Tingkah laku di bahagikan kepada beberapa bahagian antaranya:

a. Alat Pengukuran Personal

Teknik ini bermula dengan guru dahulu. Ini memandangkan guru akan menggunakan pendekatan fizikal seperti akan mendekatkan diri mereka dengan murid-murid yang mempunyai masalah tingah laku ini. Ini kerana jarak yang hampir itu akan memudahkan guru itu menghampiri dan melihat perlakuan muridnya secara dekat. Guru juga akan menggunakan pendekatan secara mobiliti fizikal yang mana guru akan berjalan dari depan ke belakang di dalam kelas sebagai tanda pengawasan di dalam bilik darjah. Guru juga akan menggunakan ekspresi wajah yang mana ia merupakan satu teknik terbaik khususnya dalam pengurusan displin kerana dengan menunjukan wajah sahaja pelajar akan faham arahan guru tersebut.

b. Teknik Pencegahan
Teknik ini di gunakan oleh guru bagi mengatasi masalah tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah. Ketegangan antara pelajar dan guru boleh berlaku jika terdapat tingkah laku yang bermasalah di dalam bilik darjah. Dengan mengambil tindkan bagi menghindari situasi ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti persekitaran dan pembelajaran dengan mengurangkan tahap ketegangan di dalam bilik darjah ini. Beberapa cara yang baik boleh juga di lakukan untuk menghalang tingkah laku yang bermasalah antaranya seperti:

 mewujudkan iklim positif untuk merangsang dan menggalakan tingkah laku yang baik.
 Tumpukan pada hubungan seperti menunjukan sikap peramah, memberi peneguhan diri yang cukup dan tunjukan sikap berhati-hati.
 Kekalkan persekitaran yang terurus.
 Patuhi peraturan rutin bilik darjah untuk memasuki bilik darjah seperti dengan memberi salam.
 Bentuk peraturan untuk menjelaskan kepada murid perlakuan yang di terima dan perlauan yang tidak dapat di terima.

c.Tindakan Pembetulan.
Kategori ketiga teknik pengurusan tingkah laku ialah tindakan pembetulan. Ia adalah cara untuk menangani masalah tingkah laku ini secara spontan dan juga untuk menghentikan perlakuan mereka dengan cara yang baik dan tidak merosakan. Tindakan pembetulan bukan sahaja menghentikan tingkah laku yang tidak di ingini tetapi juga bagi penambah baikan keadaan persekitaran bilik darjah. Terdapat beberapa tindakan pembetulan seperti berikut:

• Gunakan hukuman yang memang di ketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan pastikan hukuman itu relevan dan bepatutan.
• Memberhentikan tingkah laku yang tidak di ingini dengan cara menukarkan tempat duduk dan berjumpa selepas tamat belajar.
• Bimbing perlakuan yang tidak baik kearah yang positif kerana lebih banyak murid belajar perlakuan yang baik , semakin kuranglah mereka melakukan perlakuan yang tidak baik.
• Jelaskan hak-hak di dalam bilik darjah dan ingatkan mereka semula apabila mereka mula menunjukkan tingkah laku masalah.


KESIMPULAN

Masalah tingkahlaku bermasalah ini merupaka perkara yang perlu di beri perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat di ubah lagi. Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada masalah-masalah yang dihadapi.
Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri samada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan.









BIBLIOGRAFI


Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan, Shah Alam Selangor: Penerbitan Fajar Bakti, 2001.

Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Sekolah Rendah: Komponen 1&2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Subang Jaya: Kumpulan Budiman SDN BHD, 2006.

Mok Soon Sang, Pendidikan Di Malaysia Dan Psikologi Pendidikan 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman SDN BHD, 2000.

Ragbir Kaur, Panduan Ulangkaji ilmu pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd, 2008.

13 Mei Menurut Tunku Abd Rahman -Satu Ulasan

PENGENALAN

Setelah hampir 40 tahun berlalu peristiwa berdarah yang melanda negara pada 13 Mei 1969 terus menjadi polemik yang signifikan untuk diperkatakan. Pelbagai pihak mahu tampil dengan bermacam-macam tanggapan, pandangan, malah saranan yang berbeza, yang memungkinkan pelbagai kepentingan dalam pernyataan pendirian tersebut. Peristiwa 13 Mei 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak permasalahan kaum di Malaysia. Tragedi ini yang turut melibatkan kehilangan nyawa serta kemusnahan harta benda dilihat mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihanraya Umum 1969” dan ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Sebuah buku yang dilancarkan pada Mei tahun lalu dan ditulis oleh Prof. Dr. Kua Kia Soong misalnya (May 13 Declassified Documents on the Malaysia Riot of 1969, SUARAM), mengemukakan salah satu pandangan berhubung peristiwa tersebut. Malah menurut pandangan seorang tokoh sejarah, pendekatan yang digunakan dikatakan menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan dalam aspek sosioekonomi.Dikatakan buku tersebut juga mengemukakan dakwaan bahawa wujudnya kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak yang cuba menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama kepada tecetusnya peristiwa itu.
Sebaliknya apabila kita mengamati buku catatan peribadi Tunku dalam versi “13 Mei Sebelum dan Selepas”, terbitan Kumpulan Utusan dan kini diterbitkan semula sebagai sebuah catatan bersejarah oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd (anak syarikat Kumpulan Utusan), suatu perbandingan dapat dilakukan.
Buku yang menurut Tunku, “hal-hal sebenar yang berlaku menurut pandangan saya, sekalipun ia amat dahsyat,” adalah sebuah catatan hasil renungan Tunku tentang peristiwa itu. Dalam buku ini Tunku memberi gambaran bahawa Peristiwa 13 Mei merupakan akibat daripada pelbagai faktor, termasuk perarakan pengebumian seorang aktivis Parti Buruh yang pernah ditembak mati oleh polis setelah menyeru orang awam memulau pilihan raya pada 10 Mei 1969.
Tetapi, satu isu timbul apabila Tunku sendiri dikatakan tidak terus menerus mempertahankan versinya dalam buku tersebut. Misalnya, dalam suatu wawancara pada April 1979 menjelang ulang tahun ke-10 peristiwa 13 Mei (Nadi Insan, 1 Mei 1979), jelas Tunku menganggap bahawa Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengkhianatinya ( Prakata buku terbitan UP&D).
Sebelum meleraikan persoalan sejauh mana Tunku mempertahankan pandangannya tentang peristiwa berdarah tersebut (terutama catatan Tunku melalui bukunya), sewajarnya buku catatan beliau yang telah diterbitkan semula ini dibaca, diteliti dan dikaji semula.

ANALISIS SEBAB-SEBAB BERLAKU PERISTIWA 13 MEI 1969
KEMPEN PILIHANRAYA YANG AGRESIF
Berdasarkan buku tulisan Tunku, beliau telah memberi beberapa sebab yang menyebabkan terjadinya peristiwa 13 Mei ini berlaku. Sebelum itu ingin saya tegaskan di sini bahawa segala sebab-sebab yang di analisis di sini adalah mengikut pandangan dan kaca mata Tunku Abd Rahman. Pertama sekali Tunku telah menyatakan bahawa walaupun pilihanraya yang jatuh pada 10 Mei 1969 telah berjalan dengan lancar dan penuh dengan suasana yang harmoni dan muhibah, namun begitu terdapat perbuatan-perbuatan liar telah berlaku dan ucapan-ucapan yang tidak bertanggungjawab telah diucapkan.
Menurut Tunku lagi, kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak parti pembangkang yang terdiri daripada Parti Gerakan, DAP, PAS, Barisan Sosialis termasuk Parti Buruh dan Parti Progresif Penduduk adalah penuh dengan unsur-unsur perkauman yang melampau serta mereka tanpa segan silu lagi mencaci dan mencerca para pemimpin Perikatan. Selain itu menurut mereka juga menggunakan segala taktik kotor bagi menzahirkan kemenangan mereka dalam pilihanraya umum yang akan berlansung.
Sebagai contoh, Tunku telah menulis bahawa parti PAS misalnya, telah mengubah taktiknya dengan melancarkan kempen mencemarkan nama baik UMNO dengan mempermainkan sentimen bangsa sehebat-hebatnya supaya timbul rasa benci orang ramai terhadap UMNO. Cara seperti ini telah memberi kejayaan yang besar kepada mereka. Menurut Tunku, PAS telah menuduh UMNO sebagai pro-Cina dan menjual negara kepada Cina. PAS menurut Tunku lagi, telah menggunakan cara yang tajam dan halus dalam kempen anti-Cina yang dilancarkan di kawasan-kawasan luar bandar dalam negeri-negeri di sebelah utara pantai barat. Mereka menanamkan perasaan takut dan curiga di hati orang-orang Melayu yang memang berhati bersih dan berpegang kuat kepada agama serta menuduh bahawa Tunku telah memberi peluang dan kemudahan yang banyak kepada orang Cina. Tuduhan liar ini telah dimainkan sepanjang kempen pilihanraya umum ini berlansung.
Bagi membuktikan pernyataan beliau bahawa PAS telah memainkan taktik kotor bagi meraih simpati pengundi yang UMNO ini pro-Cina, Tunku telah mengemukakan bukti bahawa mereka telah menyebarkan gambar-gambar Encik Khir Bin Johari (sekarang digelar Tan Sri ), seorang menteri kabinet dan isterinya memakai pakaian orang Cina Mandarin. Gambar yang diambil di Hong Kong ini menurut Tunku di ambil secara suka-suka untuk di hantar kepada kawan-kawannya sebagai ucapan Selamat Tahun Baru. PAS segera mengambil kesempatan menggunakan gambar ini sebagai satu senjata untuk kepentingan mereka. Gambar ini telah diedarkan dengan seluas-luasnya dalam kalangan orang-orang Melayu sambil memburuk-burukkan Encik Khir dan menuduh beliau menjadi orang Cina.
Pada pandangan Tunku, perbuatan PAS ini merupakan satu contoh yang menunjukkan sejauhmana pihak PAS sanggup melakukan perbuatan-perbuatan kotor dan tipu-helah untuk mencari kemenangan dalam politik. Perbuatan-perbuatan PAS ini menurut Tunku lagi sangat khianat dan liar dan merupakan satu penipuan yang buruk yang belum pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Misalnya, tambah Tunku, PAS telah menyebarkan fitnah dengan menyatakan ayah Tunku Abd Rahman adalah seorang siam walaupun mereka tahu Almarhum ayah Tunku adalah Sultan Kedah. Mereka juga turut menuduh Tunku beragama Buddha, mereka turut menyerang peribadi pemimpin-pemimpin UMNO secara kotor.
Apa yang mengejutkan disini tentang pendedahan Tunku adalah tindakan PAS telah meletakkan satu gambar Tunku makan menggunakan chopstick dalam majlis makan Cina. Satu gambar lagi yang menunjukkan seekor anak babi terhidang di tengah-tengah majlis itu. Itu adalah satu fitnah yang sangat berat menurut Tunku dan beliau telah bersumpah tidak memakannya. Beliau menegaskan bahawa sekalipun beliau seorang yang kuat berpegang kepada ajaran-ajaran Islam, tetapi sebagai Perdana Menteri, beliau telah menerima banyak jemputan ke majlis-majlis sosial, malah menikmati makanan Eropah, makanan Cina, atau makanan India.
Tunku mengkritik PAS lagi dengan menyatakan bahawa tujuan PAS ini adalah untuk memecah belahkan undi-undi Melayu supaya calon-calon Perikatan yang bertanding dalam beberapa kawasan yang tertentu tidak akan menang. Tunku juga mendakwa bahawa DAP memberi sumbangan dan bantuan kepada PAS untuk membiayai kempen pilihanraya ini dengan menceritakan bahawa seorang ahli DAP dari Sepang, Selangor telah memberi wang kepada seorang ahli PAS dan calon-calon PAS dan DAP telah melancarkan kerja-kerja mereka dari sebuah pejabat serta pekerja DAP yang terdiri daripada seorang Cina telah menampalkan poster untuk calon PAS itu. Bukti ini pada pendapat Tunku cukup untuk menafikan dakwaan parti itu bahawa mereka sebuah parti Melayu yang berasaskan Islam.
Tunku menambah bahawa sebuah akhbar Hong Kong, The Star telah melaporkan pada 17 Jun bahawa Bank of China di Singapura telah tidak dapat mengimbangkan kira-kira kewangannya kerana beberapa jumlah wang yang besar telah dikeluarkan “ untuk membiayai gerakan-gerakan kekacauan di Singapura dan Malaysia”. Terdapat keterangan-keterangan bahawa wang itu telah diberi kepada beberapa pihak tertentu di Kelantan untuk membiayai perbelanjaan kempen PAS. Kata Tunku, maka terang dan jelaslah orang-orang Melayu yang menyokong PAS tidak berdaya hendak mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk pilihanraya itu.
Tunku menambah bahawa PAS telah menerima wang daripada Komunis dan PAS telah mengambil kesempatan memperdaya dan mempermainkan orang-orang mereka sendiri. Kebanyakan soal-soal agama yang dibangkitkan oleh PAS tidak selaras dengan dengan fahaman Islam zaman tamadun dan bertentangan dengan keadaan yang terdapat di Malaysia.
PENGARUH KOMUNIS
Di dalam buku ini, saya melihat Tunku menganggap pengaruh fahaman Komunis di kalangan sesetengah rakyat pada waktu itu terutamanya kaum Cina(Halaman 8,13 May Sebelum dan Selepas), sebagai salah satu faktor utama yang menyebabkan rusuhan kaum pada 13 Mei boleh tercetus. Pada hemat Tunku, negara-negara Asia pada waktu itu menghadapi ancaman daripada Cina Komunis. Pada pandangan Tunku, walaupun terdapat beberapa sindiran dan kecaman yang dilemparkan kepada beliau seolah-olah ada komunis dalam setiap semak kerana selalu mengungkit-ungkit tentang adanya komunis, namun beliau tidak pernah memperkecil-kecilkan ancaman-ancaman daripada pihak komunis.
Sebelum berlaku peristiwa 13 Mei, terdapat beberapa tanda pengaruh-pengaruh komunis telah meresap ke dalam masyarakat terutamanya golongan belia. Tunku memberi contoh peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November 1967 yang menggambarkan sejauh mana penyokong-penyokong komunis yang bergerak secara terang-terangan ataupun sulit, sanggup melakukan sesuatu untuk merosakkan kepentingan Malaysia. Pergaduhan kaum telah timbul di Pulau Pinang apabila Gerakan Belia Mao Tze Tung telah mengambil kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia sebagai alasan untuk melacarkan hartal. Beberapa pertempuran telah berlaku dan orang-orang melayu menurut Tunku menjadi sasaran serangan mereka. Beberapa orang telah terperangkap, perintah berkurung telah dilaksanakan dan beberapa orang yang melancarkan hartal telah ditangkap.
Pada Jun 1968, 11 orang anggota Parti Komunis dihukum gantung kerana membantu Sukarno, menyerang selatan Malaysia. Perintah gantung yang sama juga telah di tandatangani keatas dua orang Melayu di Perak. Dr Tan Chee Khoon yang pada waktu itu menjadi ahli parlimen Parti Buruh bagi kawasan Batu telah membuat rayuan bagi menangguhkan hukuman gantung ini. Beliau menurut Tunku lagi telah membuat kempen besar-besaran dari rumah ke rumah,pintu ke pintu bagi meraih rasa simpati orang ramai. Anasir-anasir pro komunis menurut Tunku telah menyeru ibu bapa dan waris pemuda yang dihukum bunuh itu supaya mengadakan perjumpaan beramai-ramai untuk membantah namun rayuan mereka ditolak oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Bila tiba tarikh hukuman gantung dijalankan, di luar pintu penjara Pudu, orang ramai telah berhimpun bagi membantah hukuman ini termasuk belia-belia komunis.
Untuk mengelak timbulnya timbulnya pergaduhan di seluruh negara, Tunku telah menyembahkan rayuan kepada Sultan Perak dan Sultan Johor bagi mengelak terjadi lebih banyak terjadi pertumpahan darah. Tunjuk perasaan itu dapat dihentikan namun terdapat kegelisahan seperti api dalam sekam dan pada pendapat saya ia (peristiwa ini) seolah-olah menjadi bom jangka yang akan menunggu masa untuk meletup sahaja. Pada pendapat Tunku lagi, anasir puak pelampau kiri ini yang sentiasa menunggu kesempatan untuk menimbulkan kekacauan, tidak berlengah-lengah lagi menunjukkan jalan untuk bertindak pada masa hadapan.
Selepas enam minggu komunis ini di ringankan hukuman, pada 13 Oktober, Parti Buruh (Sosialis) telah mengisytiharkan yang mereka akan memulaukan pilihan raya yang akan di adakan pada tahun 1969.
Apabila pilihanraya umum 1969 diisytiharkan, parti-parti pembangkang menurut Tunku telah melancarkan kempen-kempen yang agresif dan menyebabkan pergeseran diantara dua kaum dan perkara ini telah diambil kesempatan oleh pihak komunis untuk menanamkan perasaan perkauman dalam hati dan fikiran orang Cina agar menerima perjuangan mereka. Selain itu menurut Tunku lagi, peranan dan pengaruh kongsi gelap Cina yang menyusup masuk dan mempengaruhi masyarakat telah menambahkan lagi bibit-bibit kebencian antara kaum dan hanya menunggu masa untuk ‘meletup’ seperti bom jangka.
UPACARA PENGKEBUMIAN PAHLAWAN MERAH
Apabila saya membaca dan menganalisis buku tulisan Tunku Abd Rahman ini, saya tertarik dengan bab ini yang ditulis oleh beliau kerana saya berpendapat bahawa peristiwa pengkebumian ‘pahlawan merah’ ini menjadi satu ‘turning point’ atau titik tolak yang penting sebelum berlaku peristiwa 13 Mei.
Peristiwa ini bemula dengan seorang pekerja UMNO, Encik Kasim Omar pada 24 April, kira-kira dua minggu sebelum hari mengundi, beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya telah melihat beberapa orang pemuda berkumpul di kawasan Jelutong, Pulau Pinang. Beliau telah memberhentikan motosikal untuk melihat dan bertanya, namun beliau telah diserang oleh kumpulan yang ada di situ dan beliau telah di bunuh dengan kejam. Setelah itu, mereka telah menconteng cat merah di seluruh badannya. Menurut Tunku Abd Rahman, pembunuh-pembunuhnya terdiri daripada pemuda-pemuda parti Buruh.
Peristiwa pembunuhan ini telah menimbulkan rasa cemas di kalangan pasukan keselamatan kerana kejadian ini dikhuatiri boleh dijadikan penyebab tercetusnya rusuhan kaum. Oleh sebab bimbang berlakunya tindak balas, maka kerajaan telah meminta keluarga si mati bersabar dan mereka telah bersetuju untuk tidak menyebarkan berita pembunuhan itu supaya komunis tidak akan mendapat kesempatan untuk meghalang pilihan raya.
Namun Tunku menambah, sepuluh hari kemudian, pada 4 Mei, enam hari sebelum hari membuang undi, satu kejadian telah berlaku di Selangor. Pada pagi hari itu, tiga orang mata-mata (detektif), yang sedang membuat rondaan telah bertembung dengan sekumpulan pemuda di Kepong. Kumpulan pemuda tersebut sedang menulis dengan cat tanda-tanda di atas jalan raya. Apabila ditegur oleh mata-mata ini, sekumpulan pemuda ini telah membalingkan kayu api, besi-besi tajam, dan ketul-ketul besi. Apabila diusir, pemuda-pemuda tadi melawan dengan bersungguh-sungguh sehingga mata-mata terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Salah seorang daripada mereka telah terkena tembakan dan kemudian mati di hospital. Namanya Lim Soon Seng, berumur 24 tahun.
Walaupun si mati menurut Tunku bukanlah seorang yang terkenal, namun komunis tidak mahu melepaskan peluang yang begitu baik untuk membuat sesuatu yang boleh mendatangkan faedah kepada perjuangan mereka. Polis telah menerima permohonan untuk mengadakan satu perarakan mayat pada 10 Mei, iaitu hari mengundi. Tujuan mereka ini menurut Tunku sangatlah jelas iaitu anasir-anasir ini berniat hendak menimbulkan satu kejadian yang akan menghalang pilihanraya ataupun mencegah pembuangan undi pada hari itu.
Polis telah mengambil keputusan untuk menolak permohonan ini, namun setelah ibu bapa si mati dan para pemimpin parti Buruh bertalu-talu membuat rayuan hendak mengadakan istiadat pengkebumian secara terhormat, maka polis telah bersetuju membenarkan perarakan mayat itu pada 9 Mei. Tunku menambah lagi, tatkala membenarkan, polis telah meletakkan syarat-syarat yang ketat supaya perarakan itu melalui jalan-jalan tertentu dan mereka yang hadir mengadiri perarakan itu hendaklah dihadkan kepada satu bilangan yang kecil sahaja.
Tunku berpendapat bahawa meskipun perarakan mayat berkenaan telah bertukar menjadi perarakan terbebesar yang pernah dilihat di Kuala Lumpur, Tunku menuduh pihak komunislah yang bertanggungjawab kerana ia dilihat bukan sekali-kali merupakan perarakan mayat, tetapi lebih merupakan satu perasaan politik komunis yang habis-habisan liar. Tunjuk perasaan ini telah berlaku sepanjang hari, setelah perarakan berkenaan berjalan sejauh lapan batu dengan beribu-ribu orang mengambil bahagian dan menyaksikannya dari kaki lima ataupun di tepi-tepi jalan. Daripada gambar-gambar yang telah diambil dan laporan-laporan yang dibuat, nyatalah tunjuk perasaan yang besar ini telah dirancang dan diatur dengan rapinya. Nyatalah bahawa daripada syarat Parti Buruh dengan kebetulan telah mendapat ‘pahlawan’, maka komunis dan puak pelampau kiri ini bertujuan hendak mengambil kesempatan itu untuk kepentingan mereka dengan sepenuhnya.
SELEPAS KEPUTUSAN PILIHANRAYA
Dalam pilihanraya umum 1969 ini, Parti Perikatan yang diwakili oleh UMNO, MIC, dan MCA telah tewas dengan teruknya. Walaupun masih dapat memerintah kerajaan persekutuan, mereka telah kehilangan majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat dan telah kehilangan Pulau Pinang kepada DAP. Perikatan juga mengalami kekalahan yang teruk di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, dan ramai menteri-menteri kabinet dalam Perikatan sebelum ini telah tewas. PAS pula mengekalkan pemerintahan di negeri Kelantan.
Rentetan daripada kemenangan ini, pada 12 Mei 1969, Dr Tan Chee Khoon, ahli parlimen kawasan Batu, telah meminta kebenaran polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan dengan Parti Gerakan. DAP pula telah membuat keputusan untuk mengadakan perarakan pada keesokan harinya iaitu Selasa 13 Mei, namun tidak mendapat kebenaran polis oleh itu DAP pun bergabung untuk perarakan dengan Parti Gerakan. Didalam perarakan ini, menurut Tunku Abd Rahman, perasaan gila kemenangan menjadi memuncak dan tidak terkawal dan pihak komunis pasti mengambil kesempatan menghasut dan menghangatkan perasaan mereka yang terlibat di dalam perarakan tadi. Beberapa orang daripada penunjuk perasaan ini telah melaungkan perkataan ‘Melayu mati’, mereka telah bertempik dan bersorak-sorak sambil mengejek-ejek dengan kata-kata yang menghina orang-orang Melayu.
Pada petang selepas perarakan itu berlaku, penunjuk-penunjuk perasaan terdiri daripada orang-orang Melayu telah membuat tunjuk perasaan balas kerana sangat marah dengan tunjuk perasaan anti-melayu dan perbuatan-perbuatan biadap oleh pihak pembangkang. Perarakan ini dikatakan bermula di rumah Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Idris, di Jalan Raja Muda. Pada waktu ini telah terjadi beberapa pergaduhan dan pembunuhan yang membabitkan orang-orang Melayu dan Cina.
SEBAB-SEBAB LAIN
Setelah kita melihat sebab-sebab berlakunya peristiwa 13 Mei dari kaca mata Tunku Abd Rahman, ingin sekali saya huraikan di sini bahawa terdapat banyak sebab-sebab yang boleh dikaitkan dengan tragedi 13 Mei ini boleh berlaku. Pelbagai teori dan pandangan sama ada daripada barat atau pun sarjana tempatan mengaitkan pelbagai peristiwa dan detik-detik penting yang mencetuskan peristiwa ini. Disini saya ingin berkongsi atau memberi pandangan yang perkara-perkara di bawah juga mungkin menjadi penyebab-penyebab lain kepada berlakunya peristiwa 13 Mei.
Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina (Nazaruddin Mohd Ali,2003).
Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang (Mohamed Yusoff Ismail ,2003). Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang
Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .
Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak Istimewa Orang Melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang-orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina (Jomo KS,Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia,1998).
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi ( Rahimah Abdul Aziz & Mohamad Yusoff Ismail. 2002). Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
Kelemahan Kepimpinan Tunku Abd Rahman
Prof. Dr. Kua Kia Soong dalam bukunya,(May 13 Declassified Documents on the Malaysia Riot of 1969, SUARAM), melihat peristiwa 13 Mei ini mempunyai perkaitan antara krisis kepimpinan Tunku Abd Rahman dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tun Razak. Pada pandangan Dr. Kua, kewujudan kumpulan kapitalis Melayu yang diketuai oleh Tun Razak, golongan pemuda yang dianggap ‘Ultra Malay’ pada waktu itu yang diketuai oleh Dr. Mahathir telah mengkritik kepimpinan Tunku dengan pelbagai kritikan antaranya mengatakan Tunku terlalu berlembut dengan kaum Cina, memberikan pelbagai peluang terhadap kaum Cina dan sebagainya. Inilah peristiwa yang dilihat membawa kepada kejatuhan Tunku dalam karier politiknya.






KESIMPULAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional ( Development and Population:Critique of Existing Theories,UM,1982). Andai kata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.
















LAMPIRAN





1.1 Suasana pada hari perarakan.
1.2 Penduduk berpindah

1.3Pawagam yang mana orang-orang Melayu dibunuh.
1.4 Kuala Lumpur sehari selepas tragedi 13 Mei.
Sumber :(2bp.blogspot.com dan pesanan-pesanan.blogspot.com)









BIBLIOGRAFI


Jomo, K.S. ,(1998), Pembangunan Ekonomi Dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Mohamed Yusoff Ismail (2003) Perpaduan Negara dan Pembentukan Bangsa Malaysia. Jabatan Perpaduan Negara, Membina Bangsa Malaysia (Jilid 1). Selangor: Jabatan Perpaduan Negara, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.


Nazaruddin Mohd Ali (2003). Malaysian Studies. Selangor: Pearson-Prentice Hall.


Prof. Dr. Kua Kia Soong ,(2008) .(May 13 Declassified Documents on the Malaysia Riot of 1969), SUARAM.

Tunku Abd Rahman, ( 2007 ). 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur: Utusan Publication And Distributors Sdn.Bhd.


Universiti Malaya, (1982), Development And Population: Critique of Existing Theories, Population Studies Unit,Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Monday, March 30, 2009

Apa habaq

ni baru nk aktif balik sbb dh lama dah tgl arena pembloggeran ni (btul ke apa aku ckp ni?)... tlg post kan komen ya pada sapa yang lawat dengan sengaja atau tak sengaja..
salamm..