Suara Marhaenis
Pencetus Suara golongan Marhaen
Total Pageviews
Thursday, January 30, 2014
DASAR PERTANIAN NEGARA
. Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam
pembangunan sosial dan ekonomi 2. Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian. 3. Semenjak pertengahan tahun 1980an, 4. Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilai-ditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%. Sungguhpun demikian, perkembangan pesat dalam ekonomi sejak tahun 1991 dan kegawatan ekonomi yang dihadapi sekarang telah menimbulkan cabaran baru dalam pengurusan sektor pertanian. Cabaran tersebut melibatkan masalah dan kekangan yang lazimnya berhubungkait dengan ekonomi yang berkembang pesat secara berterusan, terutamanya ekonomi yang mencapai tahap gunatenaga penuh serta menghadapi masalah defisit imbangan perdagangan. Di antara cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh sektor pertanian adalah seperti berikut:-
iii. Keperluan untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad yang sedia ada seperti tanah dan air. iv. Keperluan untuk memperkukuhkan daya saingan sektor pertanian negara. v. Keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan. vi. Keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil . vii. Keperluan untuk menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara. viii. Keperluan bagi memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang mampan. |
5. Untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dasar pertanian negara yang baru (DPN3) telah digubal bagi menjamin pembangunan pertanian dan perhutanan yang dapat disesuaikan dengan perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku di dalam dan di luar negara. Strategi pembangunan sektor pertanian dan perhutanan disepadukan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber, terutamanya tanah dan buruh: menggalakkan petani-petani mengamalkan teknik-teknik pertanian moden melalui sistem bersepadu yang menggabungkan tanaman, perikanan dan ternakan serta dilengkapi dengan aktiviti agropelancongan.
6. Di samping itu, dasar-dasar bagi pengurusan ekonomi makro sektor-sektor lain perlu diambilkira bagi mempastikan dasar pertanian adalah konsisten, melengkapi, relevan dan selari dengan dasar-dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian. Dasar-dasar tersebut ialah dasar perindustrian, sains dan teknologi, kepelbagaian biologi dan alam sekitar. DPN3 melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan peluasan industri sokongan dan perantaraan. Pembangunan industri baru seperti bioteknologi, produk kimia semulajadi yang dihasilkan daripada sumber biologi dan produk biomass kelapa sawit adalah selaras dengan dasar pembangunan sains dan teknologi. Strategi untuk pemuliharaan sumber biologi dan semulajadi seperti hutan, marin dan air pula akan memenuhi kehendak dasar kepelbagaian biologi dan alam sekitar. Rantaian pertanian dengan sektor industri dan penekanan kepada pemuliharaan sumber semulajadi akan mengukuhkan lagi sektor pertanian dan menjamin pembangunan mampan. Oleh itu, DPN3 telah digubal dengan tujuan menjadikannya satu dasar yang komprehensif, melengkapi dasar-dasar yang lain (complementary), pragmatik serta fleksibel.
Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010
7. Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk:
i Meningkatkan sekuriti makanan (food security)
ii Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
iii Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain
iv Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian
v Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan
8. Semua ini memerlukan pendekatan dan teras strategik yang baru untuk mempertingkatkan sumbangan sektor pertanian dan perhutanan kepada petumbuhan ekonomi. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani (agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach).
9. Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah pendekatan ini, kegiatan pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi, justeru, membuka peluang untuk dibangunkan bersama. Integrasi pertanian dan perhutanan juga adalah bertujuan membentuk asas pengeluaran yang lebih luas bagi kedua-dua sektor tersebut. Pendekatan ini akan memberi manfaat-manfaat berikut:
mewujudkan ruang yang lebih luas kepada pelbagai gabungan
perusahaan perhutanan dan pertanian, mengoptimakan penggunaan sumber terutama
tanah dan meningkatkan potensi penjanaan pendapatan dari pelaburan-pelaburan
perhutani;
|
membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan
daripada tanah yang sama dan dengan ini mengurangkan tekanan permintaan untuk
tanah pertanian yang baru;
|
menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman
spesis pokok hutan dengan tanaman industri untuk mengoptimakan penggunaan
tanah dan memaksimakan pulangan; dan
|
memberikan peluang hasil pulangan yang awal dan berterusan
daripada komponen pertanian di dalam perusahaan campuran tersebut. Ini akan
menggalakkan penyertaan sektor swasta di dalam kegiatan tanaman hutan
komersil dan dengan demikian meningkatkan bekalan balak untuk industri
berasaskan kayu.
|
melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri
berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti di dalam Pelan Induk
Perindustrian 2 (1996-2005) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara
sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan peluasan industri
sokongan dan perantaraan.
|
meningkatkan pengeluaran pertanian yang lebih khusus
melalui penyampaian petunjuk-petunjuk pasaran serta pola citarasa pengguna
kepada pengeluar di peringkat ladang. Ini akan menggalakkan pengeluaran
produk-produk pertanian yang bermutu dan bernilai tinggi, membantu
penghasilan perbezaan produk dan meningkatkan nilai ditambah produk-produk
pertanian bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen pasaran tempatan dan
antarabangsa.
|
|
mengenalpasti dan memperluaskan peluang-peluang pasaran.
Penggunaan petunjuk-petunjuk pasaran yang disalurkan kepada pengeluar akan
memudahkan mereka membuat keputusan mengeluarkan bahan-bahan mentah yang
diperlukan untuk menyokong aktiviti pengeluaran berasaskan pertanian dan
aktiviti ekonomi yang lain. Ini akan meluaskan lagi skop pembangunan
pertanian dan perhutanan serta mewujudkan peluang-peluang perniagaan dalam
bidang-bidang perniagaan yang lebih luas melalui satu sistem rangkaian aktiviti
pertanian dengan aktiviti sektor lain. Rangkaian ini termasuk penyelidikan
dan pembangunan (P&P) serta penjanaan teknologi, pengeluaran dan
pemprosesan primer, pengeluaran produk-produk pertengahan dan guna akhir,
pengedaran dan perkhidmatan pemasaran serta produk akhir kepada pengguna.
|
12. Sektor pertanian dijangka memperolehi sumber pertumbuhan yang baru daripada hasil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pertumbuhan kumpulan industri baru seperti perhutani, produk asli istimewa, buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan. Sektor kecil makanan juga dijangka mengalami pertumbuhan ketara berikutan langkah-langkah intensif yang telah diambil untuk mengatasi kekangan-kekangan yang dihadapi berkaitan dengan pengeluaran, serta daya usaha lain untuk memperkukuhkan asas ekonomi sektor kecil ini. Sumbangan sektor kecil makanan kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada RM4.3 bilion dalam tahun 1995 kepada RM7.4 bilion dalam tahun 2010. Permintaan kukuh yang kian meningkat terhadap minyak sawit di pasaran antarabangsa akan mempergiatkan lagi pertumbuhan industri ini. Nilai ditambah sektor kecil ini dijangka meningkat daripada RM6.8 bilion kepada RM10.3 bilion bagi tempoh tersebut, sementara sumbangannya kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada 42.1% kepada 44.6%.
13. Sektor pertanian khususnya sektor-sektor kecil tanaman industri dan perhutanan akan terus memainkan peranan penting sebagai pembekal utama bahan mentah kepada industri berasaskan sumber. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dijangka akan menjadi lebih penting apabila lebih banyak bahan mentah pertanian diproses dan dijadikan produk akhir untuk dieksport. Bagi menampung pengeluaran dalam negara dan memenuhi permintaan yang kian bertambah daripada industri hiliran, perolehan strategik bahan mentah melalui pelaburan di luar negara akan diusahakan.
14. Jumlah tenaga kerja dalam sektor pertanian akan berkurangan sebanyak 2.8% setahun daripada 1,429,000 pekerja dalam tahun 1995 kepada 930,000 pekerja dalam tahun 2010. Ia akan dilaksanakan melalui usaha-usaha mempertingkatkan penggunaan sistem pengeluaran intensif berautomasi dan mekanisasi serta mengurangkan perusahaan-perusahaan pertanian yang berintensif buruh. Peningkatan kawasan penggunaan tanah pertanian dijangka akan menjadi terhad dalam tempoh ini disebabkan kekurangan tanah, tenaga buruh serta peningkatan kos pengeluaran. Oleh itu, pengeluaran dijangka bertambah melalui peningkatan produktiviti. Produktiviti pekerja dijangka meningkat daripada RM11,360 kepada RM24,730 setiap pekerja dalam tempoh yang sama. Ini mencerminkan penekanan yang diberi kepada teknologi jimat buruh, inovasi dan pengurusan ladang yang lebih cekap.
15. Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan terus meningkat melalui penggunaan tanah yang lebih intensif walaupun peluasan guna tanah adalah sederhana. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko masing-masing dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400 hektar dan 30,700 hektar. Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan perhutani, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pembukaan tanah baru pula akan hanya dilaksanakan di Sabah dan
Petua Imam Syafie untuk lelaki
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.
DIPETIK DARI SINAR HARIAN
Sunday, September 1, 2013
Kelemahan dan kelebihan model-model 4X4 FWD Double Cabin
Anda peminat kenderaan Double Cabin (4X4 FWD ) ? jika anda berniat membeli kenderaan-kenderaan seperti ini, dibawah ada satu link yang amat berguna untuk membandingkan kenderaan-kenderaan seperti ini dari segi kelebihan dan kelemahan.
http://www.caradvice.com.au/249408/ute-comparison-ford-ranger-v-holden-colorado-v-isuzu-d-max-v-mazda-bt-50-v-mitsubishi-triton-v-nissan-navara-v-toyota-hilux-v-volkswagen-amarok/
Saturday, January 19, 2013
Dadah paling bahaya didunia
Anda tahu dadah paling bahaya di dunia? ada pelbagai jenis kategori dadah di dunia ini,dan setiap jenis diberi dengan pelbagai nama antaranya tiap Depresen,Opiat,Halusinogen,Kanabis,Inhalant,ATS atau psikotrapik, dan Stimulan. Setiap kategori dadah ini dipecahkan dan diberi nama mengikut cara pemprosesan dan penggunaan masing-masing seperti Methaqualone dan Traquliser untuk jenis depresen, candu dan heroin untuk opiat,pcp,ketamin untuk halusinogen,gam untuk inhalant,ganja,hashish untuk kanabis,amphetamine untuk ats dan lain-lain ( sekadar menyenaraikan beberapa nama ) . Cara penggunaannya adalah bergantung sama ada disuntik,hisap,kunyah,hidu,minum,chasing the dragon dan lain-lain. Setiap jenis dadah ini mempunyai tanda-tanda dan kesan pengambilannya yang tersendiri.
Aku ada terjumpa di you tube tentang sejenis dadah yang dikatakan paling menakutkan didunia yang diberi nama Burundanga dari Scopolamine ( bunga). Dan sebelum ni ada juga yang mengatakan dadah paling bahaya diberi nama Krokodil yang sangat popular di Russia. nak tau lebih lanjut pasal burundanga tengok link yg aku kasi, dokumentari ekslusif dari Vice. cek ke dout.
Sunday, September 2, 2012
PANDUAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
Definisi Etika
sebagai ilmu akhlak atau prinsip-prinsip /
dasar-dasar akhlak.
Akhlak pula boleh didefinisikan sebagai perilaku
yang baik atau yang tidak baik atau membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Dalam budaya Malaysia gabungan yang berkaitan
dengan nilai, norma, dan etika menjadi ADAB – budi bahasa.
Adab adalah cermin peribadi dan pendidikan
seseorang individu itu.
Kata Aristotle:
Kita dikenali daripada apa yang kita lakukan berulangkali.
Kabaikan bukan perbuatan tetapi tabiat. Tabiat yang baik kekal sepanjang hayat.
Maksud Etika Dalam Perkhidmatan Awam
Ialah bagaimana penjawat awam menanam tabiat dan amalan baik
di dalam semua aspek kehidaupan organisasi secara fizikal, kognitif dan
kerohanian.
ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
- Berazam
Meninggikan Mutu Perkhidmatan
Penjawat awam adalah bertanggungjawab
membaiki mutu perkhidmatannya dan meningkatkan kemahiran menerusi latihan,
pembacaan dan perbincangan. Kesediaan memperbaiki kelemahan diri adalah sikap
terpuji.
2. Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab
Pekerja atau
penjawat hendaklah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.
Bertanggungjawab bermaksud melaksanakan kerja dengan sehabis baik seperti
dikehendaki oleh organisasi.
3. Mengikis Sikap Mementingkan Diri
Penjawat awam tidak
boleh menggunakan kedudukan jawatannya untuk kepentinga diri dan keluarganya.
Sifat sombong hendaklah dihindari dan hendaklah diganti dengan perasaan insaf
dan bersopan.
4. Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah dan Kemesraan
5. Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat
Penjawat awam perlu
memberi kefahaman dan penerangan tentang dasar-dasar kerajaan dan program yang
dilaksanakan dan hasrat kerajaan agar semuanya dapat berjalan lancar dan
mencapai matlamat kerajaan.
6. Bekerjasama Membanteras Kelemahan dan Musuh-musuh
Negara
Penjawat awam
bertanggungjawab untuk mengatasi kelemahan yang boleh menjadi penghalang kepada
pembangunan dan kemajuan negara seperti kemiskinan, buta huruf dan rasuah serta
dadah, penyelewengan dan lain-lain.
- Berpegang
Teguh Kepada Ajaran Agama
Aspek ini amat
penting kepada penjawat awam semasa menjalankan tugas. Ini disebabkan setiap
agama membawa nilai-nilai murni dan baik dalam membentuk pekerja yang jujur,
cekap dan berkesan.
Mengapa Etika Perkhidmatan Awam Diwujudkan
- Mewujudkan penjawat awam yang cekap dan berkesan. Permintaan rakyat dan harapan mereka tinggi dan mahukan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang.
- Terdapat tuduhan penjawat awam melakukan penyelewengan.
- Azam kerajaan sentiasa meningkatkan mutu dan prestasi perkhidmatan awam.
4. Adanya faktor-faktor luar
seperti kemerosotan ekonomi, ancaman keselamatan dan gejala-gajala kurang sihat
seperti rasuah.
Amalan Baik Dalam Perkhidmatan Awam
- Majlis anugerah, penghargaan, dan pengiktirafan.
- Tubuhkan kelab sukan.
- Sesi perbincangan dan ceramah.
- Hari Keluarga.
Nilai Murni
- Adil dalam perlantikan
- Amanah
- Bertanggungjawab
- Ikhlas
- Dedikasi
- Tekun
- Berdisiplin
- Bekerjasama
- Berbudi mulia
- Bersyukur
DASAR PERTANIAN NEGARA
. Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam
pembangunan sosial dan ekonomi 2. Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian. 3. Semenjak pertengahan tahun 1980an, 4. Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilai-ditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%. Sungguhpun demikian, perkembangan pesat dalam ekonomi sejak tahun 1991 dan kegawatan ekonomi yang dihadapi sekarang telah menimbulkan cabaran baru dalam pengurusan sektor pertanian. Cabaran tersebut melibatkan masalah dan kekangan yang lazimnya berhubungkait dengan ekonomi yang berkembang pesat secara berterusan, terutamanya ekonomi yang mencapai tahap gunatenaga penuh serta menghadapi masalah defisit imbangan perdagangan. Di antara cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh sektor pertanian adalah seperti berikut:-
iii. Keperluan untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad yang sedia ada seperti tanah dan air. iv. Keperluan untuk memperkukuhkan daya saingan sektor pertanian negara. v. Keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan. vi. Keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil . vii. Keperluan untuk menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara. viii. Keperluan bagi memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang mampan.
|
5. Untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dasar pertanian negara yang baru (DPN3) telah digubal bagi menjamin pembangunan pertanian dan perhutanan yang dapat disesuaikan dengan perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku di dalam dan di luar negara. Strategi pembangunan sektor pertanian dan perhutanan disepadukan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber, terutamanya tanah dan buruh: menggalakkan petani-petani mengamalkan teknik-teknik pertanian moden melalui sistem bersepadu yang menggabungkan tanaman, perikanan dan ternakan serta dilengkapi dengan aktiviti agropelancongan.
6. Di samping itu, dasar-dasar bagi pengurusan ekonomi makro sektor-sektor lain perlu diambilkira bagi mempastikan dasar pertanian adalah konsisten, melengkapi, relevan dan selari dengan dasar-dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian. Dasar-dasar tersebut ialah dasar perindustrian, sains dan teknologi, kepelbagaian biologi dan alam sekitar. DPN3 melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan peluasan industri sokongan dan perantaraan. Pembangunan industri baru seperti bioteknologi, produk kimia semulajadi yang dihasilkan daripada sumber biologi dan produk biomass kelapa sawit adalah selaras dengan dasar pembangunan sains dan teknologi. Strategi untuk pemuliharaan sumber biologi dan semulajadi seperti hutan, marin dan air pula akan memenuhi kehendak dasar kepelbagaian biologi dan alam sekitar. Rantaian pertanian dengan sektor industri dan penekanan kepada pemuliharaan sumber semulajadi akan mengukuhkan lagi sektor pertanian dan menjamin pembangunan mampan. Oleh itu, DPN3 telah digubal dengan tujuan menjadikannya satu dasar yang komprehensif, melengkapi dasar-dasar yang lain (complementary), pragmatik serta fleksibel.
Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010
7. Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk:
i Meningkatkan sekuriti makanan (food security)
ii Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
iii Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain
iv Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian
v Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan
8. Semua ini memerlukan pendekatan dan teras strategik yang baru untuk mempertingkatkan sumbangan sektor pertanian dan perhutanan kepada petumbuhan ekonomi. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani (agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach).
9. Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah pendekatan ini, kegiatan pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi, justeru, membuka peluang untuk dibangunkan bersama. Integrasi pertanian dan perhutanan juga adalah bertujuan membentuk asas pengeluaran yang lebih luas bagi kedua-dua sektor tersebut. Pendekatan ini akan memberi manfaat-manfaat berikut:
|
|
mewujudkan ruang yang lebih luas kepada pelbagai gabungan
perusahaan perhutanan dan pertanian, mengoptimakan penggunaan sumber terutama
tanah dan meningkatkan potensi penjanaan pendapatan dari pelaburan-pelaburan
perhutani;
|
|
|
membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan
daripada tanah yang sama dan dengan ini mengurangkan tekanan permintaan untuk
tanah pertanian yang baru;
|
|
|
menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman
spesis pokok hutan dengan tanaman industri untuk mengoptimakan penggunaan
tanah dan memaksimakan pulangan; dan
|
|
|
memberikan peluang hasil pulangan yang awal dan berterusan
daripada komponen pertanian di dalam perusahaan campuran tersebut. Ini akan
menggalakkan penyertaan sektor swasta di dalam kegiatan tanaman hutan
komersil dan dengan demikian meningkatkan bekalan balak untuk industri
berasaskan kayu.
|
|
|
melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri
berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti di dalam Pelan Induk
Perindustrian 2 (1996-2005) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara
sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan peluasan industri
sokongan dan perantaraan.
|
|
|
meningkatkan pengeluaran pertanian yang lebih khusus
melalui penyampaian petunjuk-petunjuk pasaran serta pola citarasa pengguna
kepada pengeluar di peringkat ladang. Ini akan menggalakkan pengeluaran
produk-produk pertanian yang bermutu dan bernilai tinggi, membantu
penghasilan perbezaan produk dan meningkatkan nilai ditambah produk-produk
pertanian bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen pasaran tempatan dan
antarabangsa.
|
|
mengenalpasti dan memperluaskan peluang-peluang pasaran.
Penggunaan petunjuk-petunjuk pasaran yang disalurkan kepada pengeluar akan
memudahkan mereka membuat keputusan mengeluarkan bahan-bahan mentah yang
diperlukan untuk menyokong aktiviti pengeluaran berasaskan pertanian dan
aktiviti ekonomi yang lain. Ini akan meluaskan lagi skop pembangunan
pertanian dan perhutanan serta mewujudkan peluang-peluang perniagaan dalam
bidang-bidang perniagaan yang lebih luas melalui satu sistem rangkaian aktiviti
pertanian dengan aktiviti sektor lain. Rangkaian ini termasuk penyelidikan
dan pembangunan (P&P) serta penjanaan teknologi, pengeluaran dan
pemprosesan primer, pengeluaran produk-produk pertengahan dan guna akhir,
pengedaran dan perkhidmatan pemasaran serta produk akhir kepada pengguna.
|
12. Sektor pertanian dijangka memperolehi sumber pertumbuhan yang baru daripada hasil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pertumbuhan kumpulan industri baru seperti perhutani, produk asli istimewa, buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan. Sektor kecil makanan juga dijangka mengalami pertumbuhan ketara berikutan langkah-langkah intensif yang telah diambil untuk mengatasi kekangan-kekangan yang dihadapi berkaitan dengan pengeluaran, serta daya usaha lain untuk memperkukuhkan asas ekonomi sektor kecil ini. Sumbangan sektor kecil makanan kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada RM4.3 bilion dalam tahun 1995 kepada RM7.4 bilion dalam tahun 2010. Permintaan kukuh yang kian meningkat terhadap minyak sawit di pasaran antarabangsa akan mempergiatkan lagi pertumbuhan industri ini. Nilai ditambah sektor kecil ini dijangka meningkat daripada RM6.8 bilion kepada RM10.3 bilion bagi tempoh tersebut, sementara sumbangannya kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada 42.1% kepada 44.6%.
13. Sektor pertanian khususnya sektor-sektor kecil tanaman industri dan perhutanan akan terus memainkan peranan penting sebagai pembekal utama bahan mentah kepada industri berasaskan sumber. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dijangka akan menjadi lebih penting apabila lebih banyak bahan mentah pertanian diproses dan dijadikan produk akhir untuk dieksport. Bagi menampung pengeluaran dalam negara dan memenuhi permintaan yang kian bertambah daripada industri hiliran, perolehan strategik bahan mentah melalui pelaburan di luar negara akan diusahakan.
14. Jumlah tenaga kerja dalam sektor pertanian akan berkurangan sebanyak 2.8% setahun daripada 1,429,000 pekerja dalam tahun 1995 kepada 930,000 pekerja dalam tahun 2010. Ia akan dilaksanakan melalui usaha-usaha mempertingkatkan penggunaan sistem pengeluaran intensif berautomasi dan mekanisasi serta mengurangkan perusahaan-perusahaan pertanian yang berintensif buruh. Peningkatan kawasan penggunaan tanah pertanian dijangka akan menjadi terhad dalam tempoh ini disebabkan kekurangan tanah, tenaga buruh serta peningkatan kos pengeluaran. Oleh itu, pengeluaran dijangka bertambah melalui peningkatan produktiviti. Produktiviti pekerja dijangka meningkat daripada RM11,360 kepada RM24,730 setiap pekerja dalam tempoh yang sama. Ini mencerminkan penekanan yang diberi kepada teknologi jimat buruh, inovasi dan pengurusan ladang yang lebih cekap.
15. Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan terus meningkat melalui penggunaan tanah yang lebih intensif walaupun peluasan guna tanah adalah sederhana. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko masing-masing dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400 hektar dan 30,700 hektar. Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan perhutani, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pembukaan tanah baru pula akan hanya dilaksanakan di Sabah dan
Subscribe to:
Posts (Atom)