Total Pageviews

Saturday, January 19, 2013

Dadah paling bahaya didunia

Anda tahu dadah paling bahaya di dunia? ada pelbagai jenis kategori dadah di dunia ini,dan setiap jenis diberi dengan pelbagai nama antaranya tiap Depresen,Opiat,Halusinogen,Kanabis,Inhalant,ATS atau psikotrapik, dan Stimulan. Setiap kategori dadah ini dipecahkan dan diberi nama mengikut cara pemprosesan dan penggunaan  masing-masing seperti Methaqualone dan Traquliser untuk jenis depresen, candu dan heroin untuk opiat,pcp,ketamin untuk halusinogen,gam untuk inhalant,ganja,hashish untuk kanabis,amphetamine untuk ats dan lain-lain ( sekadar menyenaraikan beberapa nama ) . Cara penggunaannya adalah bergantung sama ada disuntik,hisap,kunyah,hidu,minum,chasing the dragon dan lain-lain. Setiap jenis dadah ini mempunyai tanda-tanda dan kesan pengambilannya yang tersendiri.

Aku ada terjumpa di you tube tentang sejenis dadah yang dikatakan paling menakutkan didunia yang diberi nama Burundanga dari Scopolamine ( bunga). Dan sebelum ni ada juga yang mengatakan dadah paling bahaya diberi nama Krokodil yang sangat popular di Russia. nak tau lebih lanjut pasal burundanga tengok link yg aku kasi, dokumentari ekslusif dari Vice. cek ke dout.